Friday, April 8, 2011

Pasangan Kekasih mati ketika mandi

Dua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun pada hari Rabu lepas dirempuh 'kepala air' menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu. masing-masing berumur 18 dan 19 tahun.


Berita ini tadi aku dapat semasa mendengar khutbah Jumaat daripada khatib yang mengingatkan kita tentang pentingnya mempunyai sebuah keluarga yang mengamalkan Islam supaya generasi muda tidak lalai dan hanyut.

Cuba bayangkan kalau emak atau ayah si mangsa tadi seorang yang mengambil berat tentang kemana anak pergi dan dengan siapa mereka keluar maka sudah tentu perkara yang agak memalukan ini dapat dielak.

Kenapa aku kata perkara ini memalukan?

Sebabnya kematian mereka (pengakhiran hidup) adalah ketika mandi di air terjun bersama kekasih. Adakah ini juga amaran daripada Allah untuk kita semua? Bukan setakat kepala air malah Tsunami pun Allah akan hantar jika kebanyakan penduduk melakukan maksiat.

Khatib juga menyebut tentang statistik yang mengatakan setiap 15 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia.

Memang mengejutkan!

8 comments:

mykhalis said...

takde jodoh..


Blog terbaik

Berdosakah menonton menculik Miyabi

Ada apa dengan dara

khalis datang ziarah di sini

Nur Eiman Aleesya said...

datang ziarah sini n done follow..follow me back ya :)

Alan Rizque said...

Ya Khalis, kalau ada jodoh mungkin mereka sempat bertaubat. Semoga mereka diampunkan Allah.

Terima kasih kerana sudi ziarah Nur Eiman Aleesya, saya dah follow dah..

Si Ka Lang said...

menyayat hati. apa nak buat, ajal mereka sudah begitu. cuma agak tragis dan memalukan kematian mereka.

Alan Rizque said...

Ya, minta dijauhkan..kita yang hidup ni kena sentiasa beringat..ajal tidak kenal usia..

sayacomel said...

em..bukan rezeki mereka. Umur tak panjang..

Alan Rizque said...

Ya, semoga mereka diampunkan Allah..

Dr Zatiel Ismail said...

hi.
Allah nak bagi peringatan. tak nakfaham2 jugak, tunggulah bala pulak. ^^