Tuesday, May 24, 2011

Nasib negara Islam

Kalau diperhatikan negara-negara Islam seluruh dunia ada banyak persamaan. Antara yang positif ialah:
  • Kaya dengan hasil bumi.
  • Kurang mengalami bencana alam.
  • Tanah rata yang luas dan subur.
Persamaan negatif pula:
  • Kebanyakan kekayaan hasil bumi milik pemerintah dan bukan rakyat.
  • Kebanyakan negara ketinggalan dari sudut kemajuan teknologi.
  • Kebanyakan pemimpin dicucuk hidung oleh kuasa besar.
Aku petik ayat daripada seorang rakan blogger Burhan Al-Hilmi yang membuatkan aku gelak besar. Katanya, "Kalau dah nama pun Raja di Negara Arab, kalau tak kumpul harta bertimbun bukanlah mereka.."

Setakat ini apa yang korang nampak? Sebenarnya Allah begitu sayangkan hambanya yang menganut agama Islam sehinggakan di dunia ini DIA mengurniakan nikmat seperti bumi yang subur, hasil bumi yang melimpah ruah seperti minyak dan tempat yang kurang bencana alam seperti gunung berapi dan gempa bumi.

Akan tetapi, oleh kerana ramai antara penganut Islam tidak mengamalkan Islam dengan bersungguh-sungguh maka mereka diperkotak-katikkan. Mereka jadi lemah, lesu dan bodoh. Mereka jadi malas berfikir mana yang benar mana yang salah. 

Mereka jadi pentingkan perut sendiri daripada kebaikan bersama. Mereka membiarkan hasil bumi dirompak dan dijadikan hak individu, syarikat besar atau penjajah. Malah mereka rela diperbodohkan asal diri sendiri senang.

Kesannya kepada kebanyakan negara Islam, rakyat hidup susah, segala bantuan, subsidi dan zakat tidak diedarkan sepatutnya. Hak umum dinafikan seperti hospital, sekolah dan universiti. Ada juga dikaburkan dengan penswastaan.

Alasan besar pemerintah korup ini ialah negara tiada duit. Negara akan bankrup jika terus membantu rakyat. Alasan apakah ini?

Kalau betul pemerintah ini percayakan wujudnya tuhan maka mereka yakin semakin banyak hasil bumi diedarkan kepada rakyat maka semakin murah rezeki negara. Ya! Sebab rezeki itu daripada Allah.

Maka berlakulah apa yang kita nampak sekarang ini di kebanyakan negara Islam seperti Tunisia, Mesir, Libya dan terbaru Bahrain. Dengan teknologi maklumat yang ada rakyat sudah tidak boleh diperbodohkan lagi.

3 comments:

kyo_9 said...

hmmm..
teringat dengan kata2 Syeikh Muhammad Abduh waktu dia melawat Eropah yg berbunyi lebih kurang spt dibawah..

"Ak melihat Islam di negara bukan Islam tapi ak tidak melihat Islam di negara Islam.."

burhan al-hilmi said...

bersetuju dengan entri ini..
umat Islam terlalu lemah dengan hiburan.. nafsu duniawi yang dikejar.. jadi kemudian pemerintah bebas menggunakan kuasa sewenang-wenangnya..

sekadar ingin berkongsi, kalau ada masa terluang selama 2 jam, tontonlah movie ini.. 'Valley of The Wolves Palestine'..

http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw&feature=player_embedded#at=6162

peace :)

Alan Rizque said...

Memang kena dan menarik kata-kata Syeikh Muhammad Abduh tu Kyo_9...

Selalu kongsi info yang aku tak tahu lagi..thanks Burhan Al-Hilmi..