Thursday, July 21, 2011

Fitnah drama Tahajjud Cinta

Drama dan filem yang berbentuk Islamik sekarang ini sudah menjadi trend selepas kemasyhuran Filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. 

Sepatutnya fenomena ini sangat bagus memandangkan secara tidak lansung drama atau filem ini akan mempromosikan keindahan Islam. Tetapi lain pula jadinya dengan drama Tahajjud Cinta yang menerima kritikan hebat oleh sesetengah penonton.

Semalam aku juga mengambil peluang menonton 2 episod drama ini di tonton.com. Aku juga pernah menonton filem Indonesia Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sebelum ini.

Perbezaan yang aku boleh buat ialah 2 filem Indonesia itu mempromosikan cara hidup Islam dan keindahan Islam dengan baik melalui lakonan dan skripnya tetapi drama Tahajjud Cinta ini memberi gambaran buruk tentang penganut Islam. Malahan mungkin sesetengah orang akan memandang cara hidup islam itu teruk.

Banyak slot berdua-duaan bukan mahram seperti drama melayu biasa. Cuma bezanya mereka berpakaian serban dan purdah. Siap berpegang tangan walaupun pakai sarung tangan. Apa mesej tersiratnya? Setahu aku dalam 2 filem Indonesia itu sangat jauh perbezaan sikap si pelakon. Malah institusi pondok juga disindir dalam filem ini.

Kenapa ini terjadi?

Pertama:
2 Filem Indonesia itu pengisiannya ditulis oleh penulis yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam dan pengalaman hidupnya sendiri. Manakala drama itu ditulis oleh pemerhati yang mungkin tidak pernah merasai kehidupan pondok dan kehidupan orang yang bersungguh mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Kedua:
Kebanyakan pelakon filem Indonesia itu dipilih berdasarkan cara hidup sebenar pelakon diluar set lakonan manakala drama itu mengambil pelakon drama melayu yang tersohor.

Ini apa yang aku rasa selepas menonton 2 filem Indoesia itu:
  • Aku rasa seronoknya dan tenangnya hidup mengamalkan Islam. Indahnya ayat suci Al-Quran. Indahnya percintaan dalam konteks Islam.
  • Sikap mereka yang belajar agama sungguh menenangkan dan berjiwa besar. Aku nak jadi macam mereka!
Ini pula apa yang aku rasa selepas menonton 2 episod drama itu:
  • Wah teruk dan tertekannya hidup mengamalkan islam seperti di pondok. Tak romantik lansung panggil 'ustaz' dan bukan 'abang' kepada suami. Teruknya sampai tahap 4 orang isteri itu takut betul kepada suami.
  • Takpe berpegangan tangan asalkan pakai sarung tangan.
  • Skrip perbualan lansung tidak menenangkan malah lebih kurang macam drama biasa jer.
  • Kalau macam nilah hidup orang yang belajar agama dan dipondok memang tak best.
Ya, walaupun pengarah dan penulis skrip drama ini ingin membela nasib wanita yang terperangkap oleh lelaki yang mengaku ada ilmu agama tetapi ingatlah jangan sampai nanti menjadi ejen yang memburukkan nama Islam.

Penganut islam memang banyak kelemahannya tetapi kenapa yang buruk perlu diketengahkan sebegitu rupa. Tunjukkan kecantikan Islam itu biar sampai penonton terasa sangat ingin mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Pilihan ditangan kita sebabnya kita nanti yang perlu berhadapan dengan Allah di akhirat kelak. Apa yang kita ingin jawab bila ditanya apa yang engkau buat untuk agamamu? Adakah jawapan kita memburukkan agama atau membela agama Islam?

6 comments:

♥nyeto89♥ said...

wah...tak tengok sgt cita ni....

Alan Rizque said...

Saya pun jarang layan drama melayu, tetapi sejak jadi isu ni nak tengok jugak macam mana..hehe

Unknown said...

aku tak tahu pun cerita ini menjadi isu.cuma dalm 2 3 hari lepas bru aku sedar cerita ini banyak diperkatakan dalm blog2.
walaupun aku tak follow cerita ini tapi ada sesetengah bbak yang aku tengok.aku rasa citer ni mcm tak sesuai.
seorang kawan yang menasihati kawannya dalam keadaan emo.pelakon itu macam tak ade feeling.cliche seperti drama2 biasa bukannya seperti drama yg berunsurkan islamik.

Alan Rizque said...

Ya, tepat sekali pjah..bagi mereka yang pernah menonton filem ketika cinta bertasbih akan rasa macam ni..

Wira Azhar said...

yup..aku rasa Cerita nie jadi alat manipulasi sesetengah pihak yang pesimis dan prejudis dengan kehidupan berunsurkan Biah solehah.

atanseri said...

pembuat filem sekarang macam ejen FREEMASON. bahaya wooo... kalau tak percaya tengok lah peribadi mereka.