Friday, May 6, 2011

Tarikh pilihan raya umum ke-13 pada 11-11-11?

Hari ini Datuk Seri Najib Razak bersiaran secara lansung di Radio Hot FM dan 8TV. Apa yang menariknya beliau mencetuskan isu ada yang mengatakan tarikh pilihanraya ke-13 pada 11 November 2011.

Walaubagaimanapun beliau tidak memberi kata putus tentang tarikh itu mahupun menafikan kebenarannya. Semuanya menjadi teka-teki.

Memang betul la ramai orang cakap pilihanraya akan dijalankan pada tahun ini. Ada kawan aku cakap kalau BN menang besar di Sarawak maka pilihanraya akan dibuat pada akhir tahun ini. Kalau BN menang tipis pilihan raya Sarawak maka akan diadakan secepat mungkin.

Tetapi Pilihanraya Sarawak baru ni nak kata menang besar pun tidak nak kata menang tipis pun tidak. Jadi tak tahulah bila tarikh sebenar. Yang penting, tahun ni PRU memang confirm.

Dengar cerita jugak kerajaan akan naikkan elaun kaikatangan awam sebelum PRU. Yelah, sebab nak lawan janji pembangkang yang akan naikkan gaji jika dapat memerintah Malaysia. Bestnya!

Korang dah daftar mengundi ker? Kalau belum cepat-cepatlah..Nanti tak sempat nak mengundi tahun ni.
------------------------------------------
Sumber:

Thursday, May 5, 2011

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Aku ada terbaca berita yang mengatakan Sultan Kelantan atau dikenali sebagai Sultan Muhammad V akan berkahwin tak lama lagi. Mesti dah ada calon. Semoga Baginda dipermudahkan.
Aku mula berminat pasal kesultanan Kelantan ni lepas mendapat cerita daripada kawan yang berasal daripada Kelantan tentang sikap rendah diri Sultan ini dan mudahnya Baginda dekati rakyat.

Sejak itu aku mula mendapat pelbagai cerita enak dan kurang enak tentang institusi raja Kelantan. Antara yang aku tahu ialah Sultan Kelantan sekarang ni sebenarnya pernah berkahwin dengan calon yang dipilih ibunya Tengku Anis yang berasal daripada Patani. Nama bekas Isterinya ialah Tengku Zubaidah Tengku Norudin.

Sayangnya, Sultan dan bekas isterinya saling tidak mencintai dan boleh dikatakan kahwin paksa. Kalau korang perasan memang tiada liputan mahupun gambar perkahwinan mereka. Yelah, kalau dah masing-masing bermuka masam atas pelamin, macam mana nak ambil hebohkan gambar kan?

Jodoh mereka tidak lama dan tidak sempat menimang zuriat. Jadi, menbujanglah Sultan sampai sekarang. Aku rasa hanya Sultan Kelantan jer yang tiada pasangan hidup antara Sultan dan Raja Melayu ni.

Memang elok sangatlah kalau Baginda mahu berkahwin. Semoga Allah permudahkan.
-----------------------------------------------------------------
Sumber:

Filem Osama bin Laden dan Al-Qaeda

Bagaimana Amerika dapat MENGIKAT Pakistan untuk bekerjasama dalam menjayakan Filem Osama Bin Laden dan Al-Qaeda?

Seperti yang kita tahu Amerika sudah sedia maklum dengan negara Pakistan yang pernah merekrut Mujahidin untuk menentang Rusia satu ketika dahulu. Kem itu masih ada saki baki dan Kerajaan Pakistan terus membiarkan kem ini kerana dapat membantu Pakistan menghadapi peperangan kecil dengan India terutama di Kashmir.

Amerika yang tahu akan perkara ini mengambil peluang keemasan dengan mengugut Pakistan untuk bekerjasama dalam rancangan mereka menentang keganasan sedunia. Jika Pakistan enggan maka mereka akan melabelkan Pakistan dengan 'negara pengganas' (state terrorist). Hujah yang mereka gunakan ialah kem-kem mujahidin dan kuasa nuklear yang Pakistan miliki.

Setelah Pakistan bersetuju, akhirnya Amerika mengaitkan Taliban dengan watak ciptaan mereka iaitu Osama dan Al-Qaeda seterusnya menyerang Afghanistan (kerajaan Taliban). Kemudahan serangan sudah tentu dibantu oleh Pakistan yang satu ketika dahulu pernah membantu Afghanistan.

Dalam situasi ini kita tidak boleh salahkan Pakistan kerana serangan yang mereka hadapi daripada kumpulan pengebom dari Afghanistan (mungkin ditaja Rusia atau India) memang banyak. Lagipun mereka risau takut menjadi mangsa serangan US pula nanti.

Jadi US dengan rasminya bebas menggunakan ruang udara Pakistan dan kemudahan lain. Kebebasan ini ada memakan diri Pakistan sendiri apabila ada satu kes yang melibatkan pesawat Amerika yang mengebom sebuah kampung di Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan. Ramai keluarga yang terkorban. Alasan yang diberikan Amerika adalah mereka mengesan kumpulan pengganas di situ. Setelah disiasat pihak berkuasa tempatan maka yang ada hanyalah keluarga rakyat biasa. 

Kerajaan Pakistan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun ada rakyat Pakistan yang berang dengan sikap berdiam diri kerajaan atas kejadian ini.

Maka bermulalah satu lagi lakaran sejarah ciptaan Amerika melalui Filem yang dilakonkan oleh watak  bernama Osama Bin Laden dan kumpulan Al-Qaeda.
------------------------------------------------------------------
Amerika = US

Wednesday, May 4, 2011

Osama, Afghanistan dan Pakistan

Tulisan kali ini aku nak sambung tulisan yang lepas sebab ada orang bertanya kenapa Taliban suka bom Pakistan? Jawapan mudah ialah Pakistan perlu dilemahkan. Kenapa Pakistan perlu dilemahkan?


Kita sebenarnya tak tahu yang Pakistan ni selalu diserang bom (Aku memang tak tahu sebelum ni). Target bom adalah tempat awam dan anggota polis di sana. Setelah Pihak tentera Pakistan menyiasat rupanya serangan ini berpunca daripada Kumpulan di Afghanistan. Ada yang menggelar kumpulan ini Taliban dan ada juga Mujaheedin. 

Apa pun nama mereka semuanya tak penting asalkan tujuan mereka melemahkan Pakistan tercapai. Perancang kepada penubuhan kumpulan ini asalnya adalah Rusia yang masih menyimpan dendam terhadap kekalahan mereka. Mereka tidak nampak Afganistan sebagai kuat tetapi Pakistan adalah punca kekuatan. Yelah, Pakistan adalah antara negara yang memiliki kuasa teknologi nuklear.

Kenapa mereka nampak Pakistan sebagai punca kekuatan yang perlu dilemahkan?

Satu ketika dahulu semasa peperangan antara Afghanistan dan Rusia, antara penyokong kuat sama ada dari sudut membekalkan tentera mujahid dan peralatan senjata ialah Pakistan. Pusat BEKALAN untuk memastikan Afghanistan menang menghadapi Rusia ini ialah Pakistan. Pada masa itu US dan Cina juga ada membantu Afghanistan melalui saluran Pakistan.

Pemuda Arab dan ada juga pemuda dari negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia juga pernah berjihad di Afghanistan dengan mendapat latihan di Pakistan satu ketika dahulu. Maka tidak hairan kenapa Pakistan sangat didendami pihak ini.

Pakistan juga sebenarnya tidak suka bersekongkol dengan US. Mereka lebih selesa berhubung dengan negara cina samada dari sudut kerjasama ketenteraan dan ekonomi. Sebab mereka tahu US ini licik.

Disebabkan US tahu Pakistan tidak mudah dicucuk hidung maka mereka telah membuat sebuah FILEM dengan wataknya Osama Bin Laden dan Al-Qaeda.

Carta Terkini Liga Super 3 Mei 2011

Berikut adalah carta terkini Liga super selepas perlawanan pada 3 Mei 2011:

Ked. Pasukan/Kelab Mata P M S K J B P
1 KELANTAN 36 17 11 3 3 37 15 22
2 SELANGOR 36 17 11 3 3 23 14 9
3 TERENGGANU 35 17 10 5 2 30 15 15
4 KEDAH 28 17 8 4 5 17 14 3
5 PERAK 26 17 7 5 5 23 19 4
6 HARIMAU MUDA A 22 15 6 4 5 20 17 3
7 FELDA UNITED 22 17 5 7 5 13 16 -3
8 NEGERI SEMBILAN 20 17 5 5 7 19 22 -3
9 JOHOR FC 20 17 4 8 5 12 15 -3
10 T-TEAM 19 16 5 4 7 20 20 0
11 PAHANG 18 17 4 6 7 16 20 -4
12 KUALA LUMPUR 15 17 3 6 8 13 21 -8
13 SABAH 12 16 2 6 8 11 21 -10
14 PERLIS 7 17 1 4 12 15 40 -25

Ini pula keputusan perlawanan semalam yang telah mengubah kedudukan beberapa kumpulan:
Terengganu menang ke atas Perlis 3-1
Johor FC kalah dengan Kelantan 0-1
Negeri Sembilan menang dengan Perak 3-1
Kuala Lumpur kalah dengan Selangor 1-3
Pahang seri dengan Felda United 0-1
Kedah seri dengan Sabah 1-1

Dua siri perlawanan sebelum ini aku tidak dapat update dekat blog ini memandangkan ada masalah internet yang aku hadapi ditambah pulak dengan prestasi pasukan Selangor yang menurun iaitu kalah dengan Kelantan dan seri dengan Terengganu.

Ini menyebabkan Kelantan berada di tangga teratas. Apapun masih terlalu awal untuk menentukan siapa juara musim ini. Bangkit Selangor!

Tuesday, May 3, 2011

Kenapa jenazah Osama dikebumikan di Laut?

Aku bertambah pelik bila terbaca berita hari ni yang mengatakan mayat Osama dikebumikan di laut. Kenapa?

Bukankah amalan biasa yang dibuat ialah jenazah penjenayah selepas dikenal pasti dan selesai bedah siasat akan diberikan kepada keluarga mangsa?

Antara alasan yang aku terfikir ialah:
  • Osama ni adalah penjenayah yang paling bahaya yang perlu ditanam di dasar laut yang bersuhu sangat sejuk macam dalam filem Transformers.
  • Tidak mahu orang cari, jumpa dan tahu kewujudan Osama yang sebenar macam juga filem Transformers. Yelah, laut kan luas dan dalam.
  • Mungkin juga jenazah yang didakwa Osama itu bukan orang yang beragama Islam pun.
  • Mungkin juga jenazah Osama itu tidak wujud sama sekali.

Ini adalah antara alasan yang boleh difikirkan. Tetapi aku tetap merasakan berita ini adalah rekaan semata-mata. Sebabnya, Amerika ingin menutup malu jika mereka nanti dianggap lemah dan gagal menangkap Osama walaupun selepas 10 tahun berlalu.

Untuk memastikan mereka tetap gah dan berjaya, tirai filem Osama Bin Laden dan 9/11 perlu ditutup maka watak Osama pun dimatikan dan Amerika menang seperti dalam kebanyakan filem mereka.

THE END

Monday, May 2, 2011

Disebalik kematian Osama Bin Laden


Aku teringat satu ketika dahulu pernah berbual dengan seorang warga Pakistan yang bekerja di KL ni tentang Taliban dan Osama Laden.

Apa yang dia bagitau ialah Osama dan Al-Qaeda ialah watak ciptaan Amerika untuk dijadikan alasan menguasai bumi Afghanistan dan Iraq. Ini kerana Afghanistan memiliki sumber mineral yang mahal untuk buat cip elektronik. Kedudukan mineral ini berada di sempadan Afghanistan dan Pakistan. Iraq seperti yang sudah maklum kaya dengan hasil minyak.

Taliban juga asalnya sebuah organisasi memperjuangkan Islam semasa serangan Rusia satu ketika dahulu. Selepas Rusia tahu mereka tidak akan dapat mengalahkan Afghanistan secara bersemuka, jadi mereka telah menghantar perosak organisasi ini menjadi sebuah organisasi keganasan. Target mereka ialah Pakistan. Sebab itu banyak berlaku kes serangan bom di Pakistan akibat daripada kumpulan Taliban ini.

Amerika yang sudah tahu tentang maklumat ini mengambil kesempatan dengan mengaitkan Taliban yang membantu Al-Qaeda. Padalahal Al-Qaeda tak wujud pun. Jadi mereka terus menyerang Taliban sampai jatuh kerajaan Taliban dan digantikan dengan boneka mereka.

Pada masa yang sama Amerika tahu Pakistan juga memang musuh Taliban sejak Taliban kerap mengebom Pakistan. Ini telah menghalalkan lagi serangan mereka selepas mendapat sokongan Pakistan secara tidak lansung sebab menghadapi musuh yang sama.

Jadi Taliban sekarang bukan seperti Taliban semasa zaman Rusia menyerang Afghanistan dahulu. Taliban sekarang ini ialah Taliban yang sudah dirosakkan.

Watak Osama itu masih kabur hingga sekarang. Mungkin dia agen CIA. Mayat yang didakwa Osama itu mungkin orang lain. Osama (pelakon) mungkin hidup senang lenang di tempat lain sekarang ni.

Tengok video pengisytiharan kematian Osama:

Sunday, May 1, 2011

Dah lama tinggal

Hari ini 1 Mei merupakan hari pekerja untuk seluruh Malaysia. Sudah 5 hari rupanya aku tidak kemaskini blog. Selamat hari pekerja diucapkan kepada semua.

Pelbagai masalah muncul menyebabkan aku tidak sempat nak kemaskini blog. Masalah pertama sebab internet terputus selama 2 hari akibat bil tertunggak. Lepas bayar baru ok.

Masalah kedua pulak aku teruja dengan Ubuntu 11.04 yang baru dikeluarkan. Lepas Muat turun dan sedia untuk install terjadi pulak masalah di pertengahan jalan. Terpaksalah cuba pelbagai cara sehingga berjaya install semalam.


Hari ini baru semua sistem kembali kepada yang asal. Untuk pengetahuan korang ini versi kedua aku guna Ubuntu selepas Versi 10.10.

Sebenarnya secara tidak sengaja aku terjumpa dan kaji tentang Ubuntu ni semasa tarikh keramat 10.10.2010 hari tu. Selepas aku taip di google terus terjumpa Ubuntu 10.10 yang dikeluarkan pada 10.10.2010.

Lepas cuba guna beberapa ketika nampak ok dan serasi dengan aku. Untuk versi kali ini aku rasa cukup mantap semasa menggunakannya. Terasa hebat dan grafik pun cantik.

Pun begitu aku masih lagi guna Windows sebagai backup jika terjadi apa-apa kat Ubuntu ni. Maklumlah barang baru.

Monday, April 25, 2011

Saman ekor dihapuskan

Aku kurang pasti sama ada cerita ni benar atau tidak. Sebabnya tadi kawan aku ada bagitau yang dia ada terbaca surat khabar yang mengatakan saman ekor akan dihapuskan.

Lagipun aku tak suka sangat saman ekor ni sebab dah banyak kali kena. Mujurlah surat saman yang sampai tu memang betul dan aku ingat masa bawak laju tu.

Tapi ada beberapa cerita yang aku dengar, surat saman yang sampai ke tangan dia tu salah. Pada masa dia dikatakan kena perangkap had laju tu kereta dia dok kat bengkel masa tu. Jadi macam mana boleh kena saman?

Dengan kata lain, berlaku kesilapan dalam sistem ni. Jadi kalau nak dihapuskan memang elok sangat la. Kalau nak saman pun lebih baik tembak dengan alat tu dan buat sekatan di hadapan bagi kereta yang bawa laju. Selepas itu terus bagi surat saman.

Aku rasa antara faktor saman yang tak berbayar ialah sebab saman ekorlah. Ramai yang rasa dia tak bersalah..haha.

Sunday, April 24, 2011

Jangan ikut dia


Kadang-kadang kita berjumpa ramai orang dan bermacam jenis orang. Setiap orang ada kerja masing-masing dan ada bisnes masing-masing.

Ada yang cakap, "Jika kau join bisnes ni kau akan kaya. Tak payah jumpa bos kau lagi."
Ada juga yang cakap, "Tak payah kerja, kau melabur jer dalam tut..tut..Pasti kaya."

Setelah aku berjumpa ramai orang dan join banyak benda gak yang hampir semuanya tak berjaya dengan cemerlang. Maka aku mula membaca beberapa buku tentang bisnes. 

Kesimpulan yang aku dapat buat ialah:
  • Mesti cari apa yang aku mampu dan suka buat, sebab kat situ ada passion aku. Jika lepas ni ada masalah dan cabaran takdelah merungut menyalahkan orang yang ajak kita tu. Dengan passion ni aku jadi lebih kuat dan tabah hadapi apa jer orang kata.
  • Jangan mudah ikut orang dan terpengaruh dengan dia. Kalau dia berjaya pun sebab passion dia kat kerja tu. Ya, aku kadang-kadang mudah terpengaruh bila tengok orang pakai kereta besar, rumah besar dan kalau boleh nak buat kerja macam dia. Setelah cuba memang tak berjaya.
Tanya diri dulu, selongkar diri dulu dan fahami diri dulu lepas tu buatlah keputusan kat mana passion kita. Lepas jumpa barulah cari orang yang berjaya dalam bidang yang kita minat dan mampu buat kemudian ikut dia. Ikut dan buat sampai berjaya!

Mulai sekarang, aku takkan mudah terpengaruh dengan sesiapa saja yang datang promosi apa-apa kat aku.
Aku tidak akan membazir masa mengelirukan diri aku dengan ajakan dan hujah mereka. Aku akan tumpukan bidang aku minat dan mampu buat ni sampai aku berjaya dengan cemerlang!

Manusia tidak mampu untuk buat semua benda, carilah satu benda yang kita mampu buat sebab itulah jalan untuk kita berjaya. Sebab itulah kita hidup ni saling memerlukan. Dan kejayaan tu tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Ada yang berjaya dalam bidang hartanah, fesyen, restoren, francais, MLM, pelaburan, bisnes dan makan gaji. 

Jadi jangan mudah mengatakan hanya bidang ni saja boleh buat kau senang sebabnya mereka berjaya sebab mereka jumpa DIRI mereka!