Tuesday, November 22, 2011

Kenapa Mesir bergolak lagi?

Siapa yang tidak mahukan negara aman? 
Siapa yang mahu negara mereka bergolak?
Jadi atas dasar apakah lagi Mesir kembali bergolak?

Memang naluri manusia yang mahukan kebebasan dan keadilan. Tetapi sering kali kebebasan dan keadilan perlu dibayar dengan darah. Sejarah telah buktikan.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah perasaan tidak puas hati rakyatnya yang mahukan pemerintah junta tentera mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.
Wartawan cedera dibantu penunjuk perasaan.
Dua punca yang mungkin menyebabkan pemerintahan junta tentera sukar untuk melepaskan kuasa kepada rakyat ialah:
  1. Junta tentera mula gilakan kuasa dan mahu memerintah Mesir memandangkan segala alat dan kuasa ketenteraan berada di tangannya.
  2. Junta tentera menerima tekanan Israel untuk melambatkan ataupun menggagalkan proses penyerahan kuasa kembali kepada rakyat memandangkan jika pilihanraya diadakan kemungkinan untuk parti dikuasai Ikhwanul Muslimin akan menang amat tinggi. Kalau ini berlaku, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan lebih mudah menerima bantuan kemanusiaan melalui Mesir selepas ini. Perkara ini amat dibenci Israel.
Dua sebab diatas cukup untuk  menjawab kenapa hingga ke hari ini junta tentera gagal kembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

9 comments:

Wadi AR said...

ouhh, baru tahu nape mesir skg asik gelodak je. encik dah lame xnampak

Unknown said...

Sebenarnya apa yang berlaku di Mesir, kekecohan akibat kebangkitan rakyat bukannya sebenar kebangkitan rakyat mesir menentang Hosni Mubarak.
Tahukah anda siapa HM. HM merupakan boneka kepada sebuah kuasa besar yang mengangkat Hm menjadi Presiden Mesir. Tetapi pada akhirnya HM berpaling tadah dan tidak lagi mengikut telunjuk Kuasa berkenaan
http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/teknologi-komunikasi-maklumat-ict.html

haryzkhairuddin said...

bila org kafir (Israel khususnya) diangkat jadi pemimpin & pembantu, mula la dorang akan kacau bilaukan org Islam. sebabnya dorg mmg x suka Islam bersatu. dah tercatat semua perangai dorang dgn jelas dalam AQ, cuma kita je yg kena pahamkan betul2.

Unknown said...

Baca Dalang disebalik kejadian yang berlaku..
http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/11/dalang-apakah-yang-dimaksudkan-dengan.html

Alan Rizque said...

Macam tu lah Wadi AR.

Terima kasih atas info ni WhoAmie ItisMei..

Ya sangat setuju Haris Khairuddin.

Anonymous said...

Saya setuju dengan alasan ke-2...

lalang said...

aku pun setuju jugak. Sekarang ni rakyat mesir memang pro ikhwanul muslimin dan demontrasi kali ini dikatakan berpunca dari Ikhwanul Musilimin juga dan Group hacker yang bergelar Anonymous juga mengancam menyerang website ikhwanul muslimin kerana pendapat yang sama.

Alan Rizque said...

Ada kemungkinan herbajantung..

Wow..biar betul Rebellist duck..

Unknown said...

mesir tidak akan aman jika ada anjing israel dlm negara

Visit my blog

mafiacyber.blogspot.com