Sunday, April 17, 2011

Carta Terkini Liga Super 16 April 2011

Berikut adalah carta terkini Liga super selepas perlawanan pada 16 April 2011:

Ked. Pasukan/Kelab Mata P M S K J B P
1 SELANGOR 26 12 8 2 2 16 10 6
2 TERENGGANU 24 12 7 3 2 20 11 9
3 PERAK 22 12 6 4 2 15 6 9
4 KELANTAN 21 12 6 3 3 24 14 10
5 KEDAH 21 12 6 3 3 10 7 3
6 HARIMAU MUDA A 15 11 4 3 4 14 13 1
7 FELDA UNITED 15 12 4 3 5 9 13 -4
8 T-TEAM 14 12 4 2 6 15 16 -1
9 KUALA LUMPUR 14 12 3 5 4 8 9 -1
10 PAHANG 12 12 3 3 6 12 15 -3
11 JOHOR FC 12 12 2 6 4 6 12 -6
12 SABAH 11 11 2 5 4 8 12 -4
13 NEGERI SEMBILAN 11 12 3 2 7 9 16 -7
14 PERLIS 7 12 1 4 7 11 23 -12

Ini pula keputusan perlawanan yang telah mengubah kedudukan beberapa kumpulan:
Terengganu menang dengan Felda United 1-0
Kelantan seri dengan Sabah 0-0
Johor FC kalah dengan Harimau Muda A 0-1
Selangor menang dengan Perak 1-0
Kuala Lumpur menang dengan T-Team 3-1
Kedah menang dengan Pahang 1-0
Perlis menang dengan Negeri Sembilan 3-2

Saturday, April 16, 2011

Amalan hidup Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz


Masa duduk makan-makan dan berbual dengan seorang kawan, dia ada menceritakan perihal kehebatan ilmuan terkenal di Malaysia iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz.

Mengikut maklumat daripada bacaan kawan aku tu, 3 perkara yang diamalkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz yang membuatkan dia masih cergas sampai sekarang.

Makanan:
Sarapan yang diamalkan sejak berpuluh tahun ialah 4 biji kurma dan jambu batu. Kalau tiada jambu batu epal pun boleh. Nasi hanya dimakan sekali sehari pada waktu tengah hari. Waktu malam hanya makan ringan seperti sup.

Senaman:
Sebelum ni setiap hari wajib joging selama sejam. Tetapi setelah dinasihatkan doktor pada umurnya sekarang, dia hanya berjalan turun naik bukit selama sejam sehari.

Membaca:
Untuk pastikan otak terus cergas berfikir dan tidak nyanyuk, Profesor Diraja Ungku Aziz akan membaca buku yang mampu mencabar mindanya setiap hari.

Aku pula? Biasanya nasi lemak aku bedal setiap pagi. Tengah hari nasi kukus, malam nasi ayam. Senaman sekali seminggu lompat setempat dalam rumah. Bacaan pula sebulan satu buku novel. Beza betul amalan hidup aku dengan Profesor Diraja Ungku Aziz. Haha. 

Anda macam mana?

Wakil kerajaan Libya yang kelakar


Berita jam 11 di TV1 biasanya untuk berita dunia. Masa tu sebenarnya aku dok tengok cerita lain di TV8 tetapi sebab iklan maka terbelek TV1.

Apa yang kelakarnya?

Wakil Libya bagitau:
Kerajaan Gaddaffi sekarang ni tengah berusaha untuk mengadakan perdamaian dengan pihak pemberontak untuk pastikan keamanan rakyat Libya.

Jawapan aku:
Ya ker?Kalau betul nak pastikan keamanan kenapa tak turun je daripada jawatan tu? Padahal kalau berlaku genjatan senjata maka inilah peluang untuk mereka melemahkan pemberontak dan merampas balik kawasan yang dikuasai pihak pemerintah.

Wakil Libya bagitau:
Kerajaan Qatar adalah musuh Libya. Qatar memang dahagakan minyak Libya yang bermutu tinggi.

Jawapan aku:
Ya ke? Atau Qatar ni hanya musuh Gaddafi dan kuncu-kuncunya? Kalau betul Qatar inginkan minyak Libya tetapi sekurang-kurangnya Qatar tak bolot kekayaan tu sorang-sorang sampai rakyat Libya merempat.

Inilah tindakan kerajaan Gaddafi yang terdesak. Setelah semua dunia tahu dia menzalimi rakyatnya sendiri.

Jom Join Bloglist Penulis Senja

Ini kali kedua aku sertai aktiviti yang dianjurkan oleh bloggers. Yang pertama hari tu Ben Ashaari yang buat.

Apa yang menarik tentang Penulis Senja ni ialah ada banyak puisi hasil idea sendiri dalam blognya. Jarang blogger yang suka buat macam ni. Mungkin takde idea dan mungkin juga bimbang pembaca mudah boring. Tetapi yang Penulis Senja ni buat agak lain sikit.

Apa pun harapan aku bila sertai aktiviti macam ni semoga dapat lebih ramai kawan daripada bloggers yang mantap dan hebat. Aku baru je jadi blogger yang aktif ni. Banyak nak kena belajar lagi.

Semoga Penulis Senja terus maju kehadapan.

Friday, April 15, 2011

Aku menangis kerana dia

Semasa aku melayari dinding Facebook rakan-rakan, maka terjumpa satu video yang membuatkan aku menitis sedikit air mata. Air mata kerinduan..

Tengok video di bawah ni..Tumpukan sepenuh perhatian..jangan bagi orang kacau..kalau ada headphone guna headphone..kalau boleh tengok sorang-sorang..Video ni hanya ambil masa 8.54 minit jer..semoga sekelumit masa yang kita luangkan ini akan dihisab oleh Allah..


Macam mana? Adakah anda berjaya menangis sebab rindukan Rasulullah? Kalau tak berjaya cuba lagi..kalau boleh biar sekali seumur hidup kita pernah menangis kerana rindukan Rasulullah..

Daripada satu kajian. Air mata berkualiti hanya ada lima:

1. Air mata ketika taubat.
2. Air mata ketika munajat.
3. Air mata ketika mengingati Tuhan, Nabi dan Rasul.
4. Air mata ketika rasa syukur.
5. Air mata ketika rasa bahagia.

Aku insaf..Aku bersyukur kerana aku pernah menangis kerana DIA..

Cinta lama kembali berputik

Semalam sambil lepak depan TV maka tertontonlah rancangan Semanis Kurma. Kadang-kadang kena tengok jugak rancangan agama ni (padahal tengok sebab takde cerita yang best semalam =).

Tajuk perbincangan ialah Cinta Lama Kembali Berputik. Apa yang aku nak kongsikan ialah ada 2 cerita daripada penonton yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita.

Cerita Pertama:

Seorang adik telefon bagitau yang kakaknya telah berkahwin dengan seorang lelaki. Sebelum kahwin lelaki ni pernah ada hubungan dengan perempuan lain sampai dapat anak. Lepas dapat anak perempuan itu terus menghilangkan diri.

Kakaknya berkahwin dengan lelaki ni dalam keadaan mengetahui lelaki ni ada anak luar nikah dan sanggup menjaganya macam anak sendiri. Besar betul pengorbanan kakak dia.

Selepas 5 tahun, perempuan tu kembali muncul dengan alasan nak tengok anak sedangkan dia seolah-olah macam nak rampas suami kakak ni. Yelah, kalau betul rindukan anak kenapa sampai 5 tahun sanggup tak jumpa? Mengikut adik tu kemungkinan besar kekasih lama abang iparnya itu ada mengamalkan ilmu guna-guna.

Penyelesaian yang diberikan oleh ahli panel ialah supaya selalulah berdoa agar Allah lindungi keluarga dan amalkan ayat dalam Surah al-Hasyr:  ayat 21-24.

Cerita Kedua:

Pemanggil seterusnya ni bernama shidah yang mengadu tentang cinta pertamanya gagal dengan seorang lelaki dan ex-boyfriend dia tu telah pun berkahwin. Oleh kerana isteri kepada ex-boyfriend dia tu tinggal jauh dengan suami dia sebab kerja, maka si lelaki tu tinggal seorang diri kat KL ni.

Nak dijadikan cerita pulak, Shidah ni tinggal di rumah tidak jauh dengan ex-boyfriend dia. Malah ex-boyfriend dia selalu jugak telefon dan sms bagi ayat power dan janji manis malah pernah cakap sanggup ceraikan isteri dia untuk kembali semula kepada Shidah.

Shidah pula dah ada calon suami dan akan berkahwin tahun depan. Shidah risau takut dia tertewas dengan pujuk rayu lelaki ni. Maklumlah cinta pertama dia.

Penyelesaian yang diberikan oleh ahli panel ialah dengan tidak melayan telefon mahupun sms lelaki itu. Setiap kali datang perasaan terhadap lelaki itu cepat-cepat beristighfar. Sebabnya kalau dia layan lelaki itu kemungkinan besar akan merosakkan rumah tangga orang lain. Lagipun dia dah ada calon suami. Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Semoga cerita ini dapat menjadi teladan kepada kita semua.

Thursday, April 14, 2011

Pelakon bantu Polis


Gambar diatas menunjukkan seorang pelakon membuat lakonan semula aksi jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dalam kes kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Pelakon tu melakukan 4 terjunan dengan 4 kamera diletakkan pelbagai sisi. Doktor bedah siasat mangsa juga berada di tempat kejadian untuk membandingkan dengan laporan bedah siasat.

Mula-mula aku ingatkan pelakon tersohor rupa-rupanya pelakon lagak ngeri, hehe..

Polis telah mengupah pelakon lagak ngeri yang mempunyai berat badan dan bentuk badan yang hampir sama dengan Arwah. Begitu teliti siasatan polis. Ada sama macam siri CSI yang aku tengok dalam TV.

Sebelum ni aku terdengar yang polis Malaysia ni antara yang cekap dan cepat dalam melakukan siasatan. Tetapi tak tahulah macam mana mereka buat kan. Berita ni membuatkan aku tahu betapa telitinya mereka menyiasat.

Diharapkan agar polis melakukan siasatan dengan telus sebab aku ada dengar yang mangsa ni seorang yang baik dan kehidupannya stabil jadi agak mustahil dia bunuh diri. Apa pun kita tunggu hasil siasatan Polis.

p/s: Sumber Berita Harian

Boleh tengok tapi tak boleh sentuh


Sejak dua menjak ni aku terjumpa beberapa blog yang bercerita pasal perempuan seksi. Ada yang ganas dan ada yang tulis cara baik. Aku rasa bukan apa, perkara ni terjadi mungkin sebab mereka dah tak tahan dihidangkan dengan pemandangan yang meransang setiap hari. Jadi diluahkan dalam blog.

Aku yang kerja di KL ni boleh rasa perasaan mereka sampai terluah kat blog aku satu lagi. 

Apa yang aku boleh cakap ialah apa yang terjadi sekarang ni seolah-olah wanita yang pakai seksi ni berpegang kepada prinsip "boleh tengok tapi tak boleh sentuh".

Sebabnya sengaja ditayangkan perkara yang sepatutunya tak perlu dan tak boleh ditayang. Kalau barang-barang yang hanya untuk dipamerkan tapi tak boleh sentuh mesti simpan dalam cermin kan. Ataupun mesti ada papan tanda atau notis tak bagi sentuh.

Persoalannya sekarang ni ialah, kenapa perlu diransang lelaki diluar sana? Tak kesian ker kat lelaki terutama yang tak kahwin lagi? Lepas tu kalau jadi perkara tak elok nak salahkan lelaki? Padahal siapa yang mulakan dulu?

Kalau semua wanita menutup perkara yang tak sepatutnya tunjuk aku rasa Malaysia ni aman sikit daripada kes rogol, buang anak, lahir anak luar nikah dan zina berleluasa.

Belia kena sedar bahaya tukar kerajaan


Niatnya nak cari sumber satu isu semalam tetapi lain yang jumpa di Berita Harian Online. Tajuknya sama macam tajuk di atas ni.

Aku pun teruskan membaca artikel tu mengharapkan ada isi yang menarik. Rupanya sebab kenapa bahaya tukar kerajaan adalah kerana bimbangkan parti lain yang tiada pengalaman memerintah Malaysia.

Dulu aku ada risau jugak bila pembangkang memerintah beberapa negeri tetapi selepas beberapa tahun ni aku tengok ok jer. 

Dengan kata lain takde yang bahaya pun tukar kerajaan ni, cuma bahayanya kepada parti politik pemerintah sekarang ni.

Yalah, kalau orang lain yang ambil alih kerajaan mesti terselongkar dan terbongkar fail-fail korupsi selama 54 tahun memerintah kan?

Bagi aku sangat elok kalau selalu tukar kerajaan macam yang terjadi dekat negara maju. Hanya yang terbaik akan memerintah. Mesti takut nak menyeleweng sebab 5 tahun lagi belum tentu dia akan kekal. Aku tengok negara membangun dan dunia ketiga ni sama je corak dia. Mesti Parti atau individu yang memerintah tu sama jer berabad-abad lamanya.

Tak salah mencuba kan? Kalau tak puas hati tukar balik.

BEN ASHAARI Gegar lagi!


Pagi ni masa asyik blog walking dari satu blog ke satu blog maka aku terjumpa artikel yang sebijik macam tajuk ni. Maka selepas aku menyelidik dan membaca beberapa artikel tentang Ben Ashaari ni maka terus terdetik di hati untuk join sama.

Bukan apa hanya untuk mengenali blogger-blogger yang hebat kat luar sana. Semakin hari aku membaca blog orang semakin asyik aku dengan dunia blogging ni.

Kadang-kadang penting untuk blogger yang hebat memberi tunjuk ajar kepada blogger baru macam aku ni dengan buat kontest macam ni.

Kalau ada yang berminat nak join jugak boleh angkat tangan macam saya..eh silap..pengaruh cerita Hantu Kak Limah la ni..boleh klik DI SINI.