Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Saturday, December 31, 2011

Tak suka kot

Aku sebenarnya tak pasti la korang macam mana kan. Sekarang ni macam ada satu gadget kat blog yang kalau kita masuk blog dia maka akan keluar pop up suruh like page dia. kalau tak kena tunggu beberapa saat.

Bagi pendapat aku benda ni sedikit mengganggu sebab nak kena tunggu dan melambatkan loading blog dia lagi. Ada pernah sekali tu terus hang browser aku. Kalau buka banyak page sebab blog dia menarik lagi la mengganggu.

Sebab tu kadang-kadang kalau blog ada benda ni dan melambatkan loading aku terus tutup jer walaupun dalam hati ni nak baca jer tulisan dia. Tapi nak buat macam mana kan sebab banyak blog lagi kita nak lawat.
Baca lagi >>

Thursday, December 29, 2011

Kenapa tidak ambil Jerman?

Semasa Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt pertama kali bertemu Raja Arab Saudi King Abdul Aziz (Ibn Saud) atas kapal di terusan Suez, beliau cuba untuk menerangkan kenapa Yahudi perlukan sebuah negara di Palestin yang dinamakan Israel.
Cerita berkenaan Holocaust dan kekejaman Nazi Jerman disebut untuk meminta sokongan dan simpati Raja Arab Saudi itu. Pada masa itu semua negara Islam Arab tidak menyokong pebentukan negara Israel.

Selepas itu, Raja Saudi itu merenung muka Presiden Amerika itu dan mengaku yang tragedi itu adalah sesuatu yang teruk. Raja seterusnya bertanya, "Jadi kenapa Yahudi tidak diberikan sedikit kawasan di negara Jerman untuk bina negara Israel kerana bukan rakyat Palestin yang menyeksa dan membunuh orang yahudi tetapi Nazi Jerman."

Presiden Roosevelt tidak mampu memberikan jawapan tetapi berjanji dengan Raja Saudi yang dia akan berusaha menyelesaikan masalah negara Israel tersebut. Tetapi Presiden Roosevelt meninggal 2 tahun kemudian.
Baca lagi >>

Mimpi pelik

Banyak kali jugak la aku mimpi pelik. Apa yang peliknya ialah mimpi aku tu terbawak-bawak sampai ke alam realiti.
Contohnya macam ni, bila aku bermimpi aku tendang bola maka kaki aku pun gerak dan tendang di alam nyata sampai aku tersedar dari tidur. Hasilnya kalau ada apa-apa kat kaki aku tu menang barai la.

Kalau aku mimpi pukul orang maka nasiblah siapa tidur sebelah aku sebab dia memang kena tempiasnya. Hehe..

Aku tak tahu kenapa aku jadi macma ni sejak dua menjak ni. Dulu tak pernah pun macam ni. Nak kata doa memang aku ada baca sebelum tidur, cuma kadang-kadang terlupa. Hehe..
Baca lagi >>

Wednesday, December 28, 2011

Bau busuk nak muntah

Tadi aku ada singgah solat di masjid. Dalam keadaan tenang dan aman cuba untuk khusyuk selepas angkat takbir tiba-tiba diganggu oleh bau yang kurang menyenangkan.

Rupa-rupanya orang sebelah kiri aku tu agak berbau mungkin dia baru lepas kerja. Tidak syak orang lain sebab sebelah kanan aku tiada sesiapa.
Kalau boleh lain kali jangan buat macam tu la sebab kita berada di masjid dan diri tu hendaklah bersih dan tidak berbau. Sebabnya boleh mengganggu orang lain beribadah. Paling teruk bau itu buat aku terasa nak muntah. Aku pun tak tahu apa kerja yang dia buat sebelum tu.

Kalau rasa tak sempat nak mandi dan pentingkan solat berjemaah maka bawalah pewangi sekurang-kurangnya. Pakai pewangi tu bagi orang lain tak bau badan kita yang busuk itu. Aku harap dia ada baca blog ni. Huhu..
Baca lagi >>

Sunday, December 18, 2011

Buku yang tidak dibaca

Ada satu cerita mengenai sebuah buku. Sebuah buku yang ditulis dengan penuh nilai sastera dan puitis dengan gaya bahasa yang tinggi serta mendapat pengiktirafan sasterawan dan profesor. Setelah siap dicetak dan diletakkan di rak kedai buku maka tiadalah laku akan ia seperti goreng pisang panas.

Buku yang sepatutnya laku macam goreng pisang panas itu menyebabkan penulis marah akan budaya masyarakat yang tidak memandang akan nilai sastera yang tinggi. Dikatakan masyarakat malas membaca dan suka membaca buku picisan sahaja.

Akhirnya buku itu dijual murah bukan kerana sempena promosi tetapi kerana tidak laku!

Itu yang berlaku apabila penulis syok sendiri dengan karya agungnya dan selalunya berlaku dikalangan ahli akademik. Apabila karyanya tidak laku orang ramai dipersalahkan. Sedangkan gaya bahasa itu hanya difahami olehnya sendiri dan ahli akademik agung sahaja.

Cuba tengok balik salah siapa? Siapa yang ingin baca karya dengan gaya bahasa yang memenatkan otak? Dahla seharian penat bekerja dan balik kerja kena menghadap buku yang memenatkan otak?

Tolonglah faham yang orang suka buku yang gaya bahasa mudah difahami maksudnya tanpa ada makna tersirat yang perlu berfikir panjang. Orang dahagakan isi dan iktibar buku itu dan secepat mungkin ingin difahami dan diamalkan.

Mudahkan bahasa anda wahai penulis kerana penulis yang bijak ialah penulis yang dapat diambil manfaat isi bukunya oleh orang ramai dan bukan kelompok tertentu sahaja.
Baca lagi >>

Tuesday, December 13, 2011

Mudahnya negara Islam digulingkan

Aku sedikit hairan dan kadang-kadang terfikir kenapa lepas satu-satu negara Islam digulingkan? Mudahnya diperkotak-katikkan oleh negara barat terutama.

Baru ni Libya dan kini Syria. Sebelum ni tak usah nak kira la berapa banyak.
Hari ini keluar berita 5000 orang kematian dilaporkan di Syria. Bagi aku punca negara Islam huru-hara sekarang ialah kerana pemimpinnya yang korup dari sudut akidah dan metarial.

Tak payahlah nak bercakap pemimpin itu bagus dan lantang menentang Israel dan barat. Berani dan banyak membantu rakyat. Bercakap bagai nak rak membela rakyat. Menyeru kesatuan untuk masa depan negara dan bangsa. Menulis buku hijau, biru, jingga dan oren.

Tetapi hakikatnya yang rakyat lihat ialah setiap hari hasil negara dibolot keluarga dan kroni. Rakyat yang bersuara lantang menegur pemimpin dipenjara malah dibunuh. Demonstrasi dibalas peluru hidup. Itu dikatakan pemimpin sejati? Pembela Agama? Pejuang Islam?

Cek dan lihat balik buku sejarah siapakah dia pemimpin sejati yang takutkan Allah. Apa ciri-cirinya? Apa yang aku nampak ialah mereka ini seolah-olah dihukum oleh Allah di dunia lagi kerana gagal menjaga Amanah yang diberikan.

Sejarah membuktikan Allah akan membantu negara Islam yang memiliki pemimpin dan rakyat yang beriman. Jika salah satu entiti rosak maka tunggulah balasan Allah dengan manarik balik kuasa itu. Sejarah memberitahu betapa banyak negara Islam jatuh kerana tidak lagi bertuhankan Allah tetapi duniawi.

Kalau barat menguasai negara Islam bukan sebab mereka kuat tetapi negara Islam itu yang lemah. Lebih risau bimbangkan emas dan minyak dikaut bangsa barat tanpa risaukan akidah umat yang semakin hancur. Kalau Akidah kuat bukan sahaja emas dan minyak malah seluruh kekayaan bumi Allah boleh berikan.
Baca lagi >>

Monday, December 12, 2011

Nak senyum pun susah

Kadang-kadang orang suka pergi ke kedai makan tu bukan sebab tersangat sedap masakan dia pun tetapi kerana layanan yang diterima. Bagi aku cukuplah dengan senyuman.
Hari ni aku ada cuba pergi beli makan di sebuah kedai. Mujurnya aku bungkus sebab muka tuan kedai tu punyalah masam. Lansung tak senyum. Masa aku nak ambil duit baki aku cuba la tengok muka dia mengharapkan senyuman yang akan diberi. Tetapi dia lansung tak tengok muka aku. Aku tengok dalam kedai kosong jer tiada orang.

"Ada jugak orang macam ni? Kalau bosan dengan berniaga kedai makan tak payahlah buka kedai abang ooi." Aku cakap dalam hati.

Aku teringat ada satu kedai tu aku suka beli tomyam. Tuan punya kedai punyalah ramah. Bukan setakat senyum malah dilayan aku macam raja sebaik sahaja aku jejak kaki ke kedai dia. Aku terasa puas kerana begitu dihargai kehadiran aku ke kedai dia. Kedai dia aku tengok banyak meja penuh.

Cukuplah dengan senyuman dan sedikit ramah dengan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kita jika kita mahu berniaga lama dan ada pelanggan tetap.
Baca lagi >>

Saturday, December 10, 2011

Aku ingin bunuh pencuri

Kadang-kadang apabila kita dianiaya maka emosi akan menguasai diri tanpa pertimbangan akal. Contohnya apabila rumah kita kena masuk pencuri atau barang kita kena curi.

Masa mula-mula terkena tu rasa macam nak hempuk sampai mati pun ada pencuri tu. Aku pernah dengar jugak ada yang sampai nak bunuh pencuri tu. Malah kes yang pencuri terbunuh dipukul orang ramai pun ada. Bila polis sampai tinggal mayat je. Polis pun takleh buat apa-apa sebab yang pukul tu ramai. Mati katak la jawabnya.

Sebenarnya kalau kita tak pernah kena curi barang, kita takkan faham perasaan orang tu. Tambah-tambah barang tu pulak barang kita paling sayang dan berharga.
Baru ni rumah saudara aku yang sangat rapat dimasuk pencuri. Aku masa mula-mula dengar cerita tu agak panas gak la. Baru aku faham kenapa pencuri kalau kena tangkap memang kena pukul habis-habisan sebelum diberikan kepada polis. Sebab hidup menyusahkan orang jer.

Pagi ni masa aku nak keluar beli sarapan aku tengok selipar aku dah lesap dah. Panas betul dalam hati ni. Bukan sebab selipar tu mahal sangat pun tapi sebab menyusahkan orang nak buat aktiviti harian.

Pencuri ni memang menyusahkan orang sebab barang yang dia curi tu barang keperluan harian. Kalau rasa boleh tenang hidup tak berkat macam tu teruskanlah. Akhirat besok rasalah azab macam mana. Dahla kat dunia pun hina hidup dengan mencuri kat akhirat pun lagi hina. 

Tak boleh nak salah kat sesiapa sebab dia yang pilih hidup macam tu.
Baca lagi >>

Friday, December 9, 2011

Pakistan tembak semua pesawat penceroboh

Kalau sebelum ini pesawat yang memasuki ruang udara Pakistan hendaklah disahkan dan diberi kebenaran oleh pihak atas sebelum ditembak tetapi sekarang ini tidak lagi.

Arahan yang diberikan kepada semua askar Pakistan yang menjaga sempadan ialah mereka boleh terus menembak semua pesawat penceroboh sebaik sahaja memasuki ruang udara Pakistan. Sistem pertahanan sempadan juga telah dinaik taraf selepas kejadian tersebut.
Askar Pakistan yang menjaga sempadan.
Serangan kejam yang dipercayai telah dirancang Nato dan Amerika itu telah membuatkan Pakistan marah dan mengambil tindakan ini. Kalau sebelum ini begitu mudah pesawat Nato mamasuki ruang udara Pakistan dan kini mereka tidak lagi berani kerana Pakistan memang serius.

Pakistan yang dilaporkan sebagai negara yang banyak dibantu oleh Nato dan Amerika sebenarnya telah banyak menghabiskan duit negara untuk misi menentang keganasan bersama Amerika.

Mahu orang ingat jasa dia tapi dia tidak ingat jasa orang. Inilah bongkaknya kuasa besar.
Baca lagi >>

Thursday, December 8, 2011

Koloni yang hilang

Baru ni aku ada tertengok dengan tidak sengaja satu cerita yang agak suspen jugak la bertajuk 'Lost Colony'.

Aku tengok sampai habis baru tau ini cerita ini berdasarkan sejarah Amerika di North Corolina sekarang dan dulunya dikenali sebagai Roanoke.
Kisahnya berkenaan satu kumpulan koloni yang datang dari British dan cuba menjelajah dan menjajah tempat baru di dunia baru iaitu Amerika sekarang.

Apa yang misterinya, semua kumpulan koloni yang datang dan tinggal di sini hilang tanpa jejak. Rumah dan binaan kubu semua musnah. Tetapi tiada pula jumpa mayat dan tulang. Maka bermacam-macam teori la yang timbul.

Cerita ni berdasarkan teori mereka ini hilang dibunuh roh jahat yang tinggal di hutang berdekatan. Roh ini mencari jiwa suci iaitu seorang bayi yang tiada dosa. Bayi itu pula diiktiraf sebagai bayi pertama yang lahir di Amerika dari perspektif penjajah la. Namanya Virginia Dare lahir pada 18 Ogos 1587.
Ada teori lain pula mengatakan koloni ini dibunuh oleh penduduk asli Amerika dan mayatnya dibawa lari. Mungkin betul juga sebab aku tengok cerita tu pun memang ada tunjuk sikap penjajah yang sesuka hati tembak penduduk asli.

Ada juga teori mengatakan koloni ini lari dan berpindah ke tempat lain dengan bantuan penduduk asli.

Walau apa pun teori kisah itu tetap misteri dan tiada siapa tahu apa yang berlaku sebenarnya kecuali Allah.
Baca lagi >>

Wednesday, December 7, 2011

Bekas presiden Israel tiada moral

Betapa teruknya moral orang yahudi ini dapat dilihat daripada bekas presiden Israel lagi. Mana tidaknya, Moshe Katsav dikenakan hukuman penjara 7 tahun sebab kes rogol.
Kalau kepala atas pun macam tu, anak-anak buah tak tahu nak cakaplah macam mana.

Ini petikan kes:
"Kejadian rogol dikatakan berlaku sekitar tahun 1998 semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelancongan dan sekitar tahun 2003-2005 lakukan gangguan seksual ke atas dua wanita semasa jadi Presiden Israel. Katsav letak jawatan sebagai presiden Israel pada tahun 2007. Mangsa rogol memberitahu mahkamah kejadian pertama berlaku di pejabat Menteri Pelancongan dan yang keduanya di hotel Jerusalem."

Macam mana orang tidak bermoral macam ni boleh dipilih jadi pemimpin? Jawapannya ada pada anda sebab seorang pemimpin itu adalah cerminan rakyatnya. Iyalah, pemimpin kan dipilih rakyat.
Baca lagi >>

Tuesday, December 6, 2011

Politik itu kotor

Pernah dengar tak orang cakap macam ni:

"Malas la aku nak join politik. Bazir masa dan mengarut jer."

"Aku tak suka ambik tahu hal politik ni. Semua parti teruk dan mengarut jer."

"Daripada aku cerita pasal politik baik aku tengok movie. Lagi best dan tak sakit hati."

Ini antara luahan hati mereka yang muak dengan permainan politik yang dilihat sangat kotor. Yelah, sekejap tuduh sana sekejap fitnah sini. Naik pening fikir mana yang betul.
Sedar tak kita yang sebenarnya golongan rakyat yang muak dengan politik inilah yang parti politik korup mahukan. Sebabnya semakin kuat rakyat berfikir dan mencari kebenaran semakin mereka terdedah dengan kemusnahan. Kalau boleh mereka mahukan rakyat buta minda, buta mata dan tidak ambil cakna lansung dengan politik. Kalau tak nak keluar mengundi pun takpe, mungkin lagi bagus.

Aku tak kisah kalau tak nak join mana-mana parti politik pun tetapi sekurang-kurangnya kita kena ambil tahu dan cakna dengan politik semasa. Sebabnya masa depan negara bukan terletak pada tangah pengundi tetapi pemimpin yang dipilih oleh pengundi.

Jika kita salah pilih pemimpin silap hari bulan negara akan huru-hara dan tergadai. Bukannya payah pun nak hancurkan negara. Suburkan budaya rasuah dan korupsi dari pihak atas sampai bawah. Lama-lama hancurlah negara.

Jika kita tidak keluar mengundi pun mereka tidak kisah. Berlambak pengundi import yang boleh ganti tempat kita. Jadi mahu tidak mahu kita kena ambil tahu. Kalau tidak tanah tempat kita tinggal ini mungkin tidak akan selamat.
Baca lagi >>

Monday, December 5, 2011

Kesilapan utama Gaddafi

Tidak dinafikan Gaddafi adalah antara individu yang tidak mudah ikut telunjuk barat. Oleh itu kejatuhan Gaddafi memang ditunggu dan dikehendaki dunia barat.

Kawan aku pernah menyebut yang Islam menghalang umatnya daripada menjatuhkan pemimpin Islam dengan kekerasan walaupun mereka itu zalim tetapi Islam tidak menghalang umatnya untuk menegur pemimpin yang tidak adil dan zalim.

Jika orang Islam sanggup membunuh orang Islam yang lain tanpa sebab yang dibenarkan maka lain pula jadi hukumnya. Begitu juga pemimpin. Jika pemimpin itu zalim sampai tahap sanggup membunuh rakyatnya sesuka hati maka hukumnya jadi lain.
Kesilapan utama Gaddafi ialah cara dia menghadapi demonstrasi rakyatnya. Sebagai seorang pemimpin dia kena terima teguran rakyatnya dengan hati terbuka. Rakyat yang cuba menegurnya secara baik dan tidak bersenjata dibalas dengan peluru hidup. Itulah kesilapannya yang utama.

Memang menjadi kesalahan jika rakyat Libya menjatuhkan Gaddafi dengan kekerasan senjata sebab dia itu seorang Islam. Tetapi hukum itu berubah sebaik sahaja Gaddafi menghalakan peluru hidup dan senjata berat untuk membunuh rakyatnya yang tidak puas hati.

Itulah kesilapan utama Gaddafi yang akhirnya diambil peluang oleh barat yang sudah lama idamkan kekayaan bumi Libya.

Jika dia mengaku seorang pemimpin Islam yang kuat dan tegas terhadap musuh Islam kenapa samggup membunuh rakyatnya sendiri kan? Alangkah baik kalau dia berlembut dan ikut kehendak rakyat demi untuk membina kekuatan dalaman menghadapi barat.

Tetapi itulah suratan Ilahi. Kita merancang Dia juga merancang tetapi sebaik perancang ialah Allah Yang Esa. Ambillah Iktibar peristiwa Baghdad diserang tentera Monghul. Apabila Allah kehendakkan kejatuhan kerajaan itu maka dalam sekelip mata boleh berlaku.

Mengikut sejarah antara punca kejatuhan Baghdad ialah Ulama yang ada pada zaman itu membisu tidak berani menegur pemerintah yang lalai dengan tanggungjawab terhadap pencipta. Fikir-fikirkan..
Baca lagi >>

Sunday, December 4, 2011

Jika Pakistan diserang siapa akan bantu?

Negara Islam sememangnya menjadi tumpuan pihak Zionis-Crusaders untuk diserang. Sejak dari dulu sampai sekarang. Cuma sekarang mereka menyerang secara halus dan tidak terang-terangan seperti dulu.
Mereka malah mampu menjadikan serangan ke atas negara Islam sebagai sesuatu yang 'halal' di mata dunia dan tidak menampakkan peperangan antara agama.

Pakistan juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran. Cuma mereka agak kuat untuk diserang sekarang dan tidak seperti Iraq dan Afghanistan. Persoalan yang sentiasa timbul dalam fikiran aku ialah, jika Pakistan diserang, siapa yang akan bantu?

Negara Islam mana yang akan membantu di saat kebanyakan negara Islam masih dikawal oleh pemimpin boneka sejak kejatuhan Khalifah Islam.

Jawapannya ialah negara Pakistan mungkin akan dibantu oleh negara Cina memandangkan hubungan antara kedua negara ini agak rapat buat masa ini. Dari sudut ketenteraan mereka sudah lama melakukan kerjasama. Malah dari sudut teknologi juga mereka saling berkongsi.

Negara Cina juga ada krisis dan pernah berperang dengan negara India dalam merebut tanah jajahan di Tibet Selatan. Musuh Cina dan Pakistan adalah sama, jadi tidak hairan jika Cina nanti yang akan menjadi sekutu Pakistan jika diserang.
Baca lagi >>

Saturday, December 3, 2011

Amerika risaukan keselamatan Israel

Amerika memberi peringatan kepada Israel supaya membina hubungan baik dengan Turki dan Mesir. Israel juga ditegur supaya menjayakan proses pendamaian dengan Palestin. Ini adalah bukti yang Amerika risau akan keselamatan Israel yang dikelilingi oleh negara Islam.

Hubungan Israel Turki menjadi tegang selepas Israel membunuh rakyat Turki yang menyertai misi bantuan kemanusian Palestin.

Mesir pula dalam pilihanraya baru-baru ini menunjukkan tanda positif yang parti Islam Ikhwanul Muslimin akan menang besar dan mengetuai kerajaan Mesir selepas ini.

Dua berita ini cukup mengusarkan Amerika tentang masa depan Israel di rantau itu. Ini tidak termasuk lagi beberapa keadaan kebangkitan rakyat di negara yang agak hampir dengan Israel. 

Israel sedar akan kelemahannya jika tiada sokongan pemimpin boneka di negara Islam sekitarnya.
Baca lagi >>

Friday, December 2, 2011

6 sebab kenapa serangan Nato ke atas Pakistan bukan satu kesilapan

Aku ingin berkongsi beberapa maklumat menarik yang boleh membuktikan serangan Nato ke atas Pakistan ini bukan satu kesilapan.

Pertama:
Hubungan dan koordinasi ketenteraan antara Pakistan dan Nato sebenarnya sangat rapat dan bukan sekadar perhubungan biasa. Arahan dan perkongisan maklumat sempadan adalah bermula dari pihak atasan sehinggalah ke pihak bawahan. Untuk berlaku kesilapan maklumat serangan adalah sangat kecil dan tidak logik. Jadi serangan Nato ke atas 24 askar Pakistan yang terbunuh baru-baru ni adalah bukan satu kesilapan.
Demonstarsi rakyat Pakistan yang membantah serangan Nato ke atas askar Pakistan
Kedua:
Pakistan juga berkongsi perancangan dan jadual kerja sepanjang sempadan untuk seminggu kehadapan dengan Nato supaya segala kegiatan askar Pakistan diketahui Nato di kawasan Afghanistan yang dikawal mereka.

Ketiga:
Mesyuarat berkala juga diadakan antara Askar Nato, Pakistan dan Afghanistan sejak 2008 lagi bagi memudahkan koordinasi misi untuk keselamatan semua pihak. Jadi macam mana kesilapan ini boleh berlaku?

Keempat:
Lebih teruk lagi serangan itu berlaku selepas waktu tengah malam oleh jet Nato dengan menggunakan peluru berpandu dan disasarkan kepada pos kawalan tentera Pakistan. Empat jam selepas itu datang pula helikopter ke ruang udara Pakistan dan menembak ke arah askar Pakistan. Kalau ini satu kesilapan kenapa boleh berlarutan berjam-jam lamanya?

Kelima:
Nato menggunakan teknologi pengambilan gambar pada waktu sebenar dan gambar satelit di sepanjang sempadan. Pusat kawalan itu pula berusia setahun setengah dan Nato tahu koordinatnya. Jadi kesilapan serangan ke atas pusat kawalan ini adalah sangat mustahil.

Keenam:
Barrack Obama juga enggan memohon maaf secara terbuka kepada Pakistan walaupun telah dinasihati Jabatan Pertahanan Amerika. Hanya cukup permohonan maaf daripada Hillary Clinton. Ini menunjukkan seolah-olah Presiden US tidak rasa bersalah sebab serangan itu mungkin telah dirancang dan bukan satu kesilapan seperti yang didakwa. Kalau tidak tersilap kenapa perlu memohon maaf kan?

Aku sendiri pun masih tidak nampak motif disebalik serangan ini. Pelik tapi benar.
Baca lagi >>

Thursday, December 1, 2011

Negara Cina bina struktur pelik di padang pasir

Aku ada terbaca berita yang mangatakan ada struktur pelik di tanah besar Cina yang mampu dilihat menggunakan Google Earth. Struktur pelik itu sangat jelas seperti gambarajah di bawah:
Struktur ini terletak di padang pasir Gobi berdekatan sempadan daerah Xinjiang dan Gansu.

Untuk membuktikannya aku pun ambil inisiatif sendiri menggunakan Google Earth dan memang mengejutkan. Gambar di bawah menunjukkan apa yang aku dapat dari Google Earth:
Apa sebenarnya yang sedang dibina di sana? Tempat itu juga tidak jauh daripada ibu pejabat program angkasa lepas Cina (sekitar 100 batu) dan pengkalan tentera udara Din Xin (sekitar 400 batu).

Ada pihak mendakwa struktur serupa itu banyak terdapat di sekitar kawasan Area 51 sebagai tempat ujian peluru berpandu Amerika. Struktur yang berbentuk grid ini adalah sebagai sasaran dan untuk melihat kesan senjata yang diuji.

Apa pun, ada pihak tidak menafikan negara Cina sedang membangun dengan pesat dari sudut teknologi ketenteraan dan mungkin akan mampu mengatasi Amerika satu hari nanti. Walaupun begitu, tidak dinafikan Amerika jauh lebih banyak pengalaman dalam peperangan berbanding Cina.
Baca lagi >>

Wednesday, November 30, 2011

Amerika tersalah bunuh 24 askar Pakistan

Pelik betul apabila Amerika bagitau mereka terslilap serang askar Pakistan yang menjaga sempadan Pakistan dan Afghanistan. Jumlah kematian askar Pakistan seramai 24 orang. Ada bagitau 26 orang.
Dengan kelengkapan perisikan, satelit dan bermacam alat canggih lagi memang pelik apabila alasan serangan ialah 'mereka tersilap'. Tidak logik betul. Mesti ada sebab lain atas serangan itu. Kalau seorang dua yang kena aku boleh terima kalau tersilap. Ini sampai 24 orang meninggal. Macam orang buta menembak pula.

Apapun Pakistan sekarang ini telah menutup laluan sempadan yang menjadi sumber utama saluran bekalan kepada 130,000 tentera Amerika di Afghanistan. Satu lapangan terbang rahsia milik tentera Amerika juga telah ditutup di Pakistan.

Aku dengar cerita askar yang mati tu bukan askar biasa sahaja. Ada diantara mereka memiliki pangkat tinggi dalam ketenteraan Pakistan.

Aku rasa tindakan Pakistan boikot Amerika ini tidak lama sebab alasan utama kenapa Pakistan selalu akur dengan Amerika ialah mereka mahu elak negara Pakistan diserang Amerika. Amerika pula memang dah lama nak serang Pakistan ni. Amerika ugut sikit je lepas ni, akurlah Pakistan tu.

Lagi pula Amerika tidak risau dengan bantuan ketenteraan apabila menyerang Pakistan nanti sebab India akan sudi beri bantuan. Yelah, India dan Pakistan dah lama bermusuh.

Apapun, itulah nasib apabila kesatuan antara negara Islam ini lemah. Senang diperkotak katikkan oleh kuasa besar.
Baca lagi >>

Tuesday, November 29, 2011

Morocco mengundi elak kebangkitan rakyat

Semalam merupakan tarikh keramat di Morocco apabila PJD iaitu Justice and Development Party telah memenangi pilihanraya Morocco.

Parti ini dikatakan memiliki idea islamik tetapi tidak memberi fokus kepada hal pemakaian tudung dan arak dalam menifesto mereka sepertimana kebanyakan parti di dunia Arab. Mereka mempromosikan sistem kewangan Islam kepada rakyat. Mungkin parti ini mula faham konsep dakwah kontemperari untuk menarik lebih ramai penyokong.
Bakal perdana Menteri Morocco Abdelillah Benkirane
Negara Morocco sebenarnya masih dikawal oleh sistem beraja. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di negara jiran seperti Tunisia dan Libya serta beberapa demonstrasi jalanan di Morocco maka Raja Morocco iaitu Raja Mohammed VI telah membuat keputusan untuk melakukan pilihanraya dan menjanjikan perubahan kepada sistem pemerintahan Morocco.

Tindakan bijak dan pantas Raja Morocco ini bagi aku patut dipuji kerana jika dibiarkan kebangkitan rakyat berterusan maka tidak mustahil sistem beraja Morocco juga akan runtuh sepertimana pernah terjadi kepada negara Arab lain. Rakyat juga mungkin akan merana jika peperangan tercetus.

Pendekatan Justice and Development Party di Morocco juga patut dijadikan contoh oleh gerakan Islam di negara lain untuk mendapat lebih banyak sokongan orang ramai. Apabila orang ramai mula menyokong dan membuka hati mereka kepada gerakan Islam ini maka senanglah untuk berdakwah kearah kebaikan di masa hadapan.
Baca lagi >>

Monday, November 28, 2011

Kata-kata Saif al-Islam Gaddafi selepas ditangkap

Selepas dittangkap pada 19 November lalu Saif al-Islam Gaddafi telah mengeluarkan kata-kata yang bagi aku tidak boleh diterima dan agak bongkak.
Dia mengatakan yang Libya akan terus huru hara dan rakyat akan terus memberontak selepas ini walaupun Kerajaan Gaddafi sudah ditumbangkan. Lagipun sekarang ini rakyat Libya masih memegang senjata dan tidak mahu menyerahkan senjata yang digunakan semasa melawan Gaddafi dulu.

Pandangan beliau ini bagi aku mencerminkan 3 perkara:
  1. Rakyat Libya ini seolah-olah tidak sukakan keamanan dan akan terus memporak-porandakan negara.
  2. Hanya kerajaan ayah beliau sahaja mampu mengawal negara dan rakyat Libya.
  3. Rakyat Libya hanya mampu dikawal oleh diktator dengan kekerasan dan bukan demokrasi. Dengan kata lain rakyat yang tidak bertamadun.
Siapakah beliau untuk berkata sedemikian rupa? Tiadakah sekelumit kata untuk meminta maaf kepada rakyat yang telah dizalimi?
Baca lagi >>

Sunday, November 27, 2011

Pisang kurangkan tekanan darah

Ada orang cakap kat aku supaya amalkan makan pisang setiap hari mulai sekarang. Dapat bantu kurangkan tekanan darah seterusnya dapat elakkan penyakit lain seperti strok dan jantung.

Aku pun terus search google berkenaan perkara ni dan memang mengejutkan yang kata-kata kawan aku tu betul!

Ada 3 kajian yang telah dibuat tentang pisang ni:
  1. Kajian yang disiarkan oleh The New England Journal of Medicine mengatakan penyediaan pisang dalam hidangan harian anda boleh mengurangkan sehingga 40% kematian disebabkan strok.
  2. Kajian pada tahun 1997 di Johns Hopkins University pula mencadangkan untuk memakan pisang sebanyak 5 biji setiap hari untuk mengurangkan tekanan darah.
  3. Bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh orang India di Kasturba Medical College mendedahkan sesiapa yang memakan 2 biji pisang setiap hari selama seminggu dapat mengurangkan tekanan darah sebanyak 10%.
Pisang dikatakan kaya dengan potassium yang membantu jantung berfungsi dengan baik. Juga mengandungi  sodium untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan ini merupakan faktor penting untuk mengawal tekanan darah.
Baca lagi >>

Wednesday, November 23, 2011

Betul ke Hosni Mubarak insaf?

Satu persoalan yang timbul dalam kepala aku semasa mula-mula kerajaan Hosni Mubarak jatuh ialah, kenapa begitu mudah Hosni Mubarak mengalah dan bersetuju untuk turun takhta?
Persoalan itu sedikit terjawab apabila aku terbaca sebuah blog tentang krisis di Mesir ini. Hosni Mubarak sebenarnya telah insaf daripada terus dijadikan boneka dan mula menentang balik mereka yang mengawal Mesir (Zionis Crusaders). Maka sebab itu beliau dijatuhkan. Itu adalah pandangan penulis blog itu.

Walau apa pun sebabnya, Kejatuhan Mesir sekarang telah membawa negara itu ke arah masa depan baru. Sama ada ke arah lebih baik atau buruk, perkara itu diluar bidang kuasa kita. Hanya rakyatnya sahaja yang mampu mencorak Mesir sekarang.

Tiada yang lebih baik daripada seorang pemimpin itu telah insaf dan sanggup berkorban demi masa depan rakyat. Apa yang kita tidak ingin lihat ialah seorang pemimpin yang tidak insaf malah terus bongkak sehingga akhir hayatnya. Tahniah Hosni Mubarak jika anda telah insaf!
Baca lagi >>

Tuesday, November 22, 2011

Kenapa Mesir bergolak lagi?

Siapa yang tidak mahukan negara aman? 
Siapa yang mahu negara mereka bergolak?
Jadi atas dasar apakah lagi Mesir kembali bergolak?

Memang naluri manusia yang mahukan kebebasan dan keadilan. Tetapi sering kali kebebasan dan keadilan perlu dibayar dengan darah. Sejarah telah buktikan.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah perasaan tidak puas hati rakyatnya yang mahukan pemerintah junta tentera mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.
Wartawan cedera dibantu penunjuk perasaan.
Dua punca yang mungkin menyebabkan pemerintahan junta tentera sukar untuk melepaskan kuasa kepada rakyat ialah:
  1. Junta tentera mula gilakan kuasa dan mahu memerintah Mesir memandangkan segala alat dan kuasa ketenteraan berada di tangannya.
  2. Junta tentera menerima tekanan Israel untuk melambatkan ataupun menggagalkan proses penyerahan kuasa kembali kepada rakyat memandangkan jika pilihanraya diadakan kemungkinan untuk parti dikuasai Ikhwanul Muslimin akan menang amat tinggi. Kalau ini berlaku, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan lebih mudah menerima bantuan kemanusiaan melalui Mesir selepas ini. Perkara ini amat dibenci Israel.
Dua sebab diatas cukup untuk  menjawab kenapa hingga ke hari ini junta tentera gagal kembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.
Baca lagi >>

Monday, November 21, 2011

Syria bakal menyusul selepas Libya

Sejarah timur tengah telah membuktikan bahawa kebanyakan pemimpin yang kejam akan berakhir dengan tragis. Hanya masa yang menentukan samada pengakhiran itu berlaku di waktu dia sendiri atau anaknya.

Hakikatnya bukan di zaman ini sahaja berlakunya pemberontakan di negara timur tengah tetapi sudah banyak kali berlaku sebelumnya. Jadi jangan hairan dan pelik apabila satu demi satu negara di timur tengah mula jatuh bermula dari Tunisia.

Jatuhnya pula negara ini bukan disebabkan kuasa luar tetapi sikap pemimpinnya yang mementingkan diri sendiri dan melakukan kekejaman terhadap rakyatnya.

Sepertimana Gaddafi, Bashir al-Assad juga digambarkan sebagai kejam dalam berhadapan dengan penunjuk perasaan. Dia mengarahkan askarnya untuk menggunakan peluru hidup malah diceritakan kereta kebal juga digunakan.

Tiada yang pelik apabila ini berlaku kerana sejarah ayahnya juga lagi tragis apabila melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyatnya di sebuah bandar yang dinamakan Hama. Rekod menunjukkan kematian mencecah sehingga 40,000 orang.

Seperti mana kata seorang pakar analisis politik timur tengah, Bashir al-Asaad sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Sukar untuk rakyat memaafkan regim ini sejak sekian lama memendam rasa. Hanya masa yang menentukan bila dia akan jatuh.
Baca lagi >>

Monday, November 14, 2011

Rakyat Korea Selatan yang sanggup berkorban

Korea Selatan telah melalui pelbagai rintangan daripada perang saudara dengan Korea Utara dan pemberontakan dalaman disebabkan pemerintah korea yang zalim pada masa itu 

Kestabilan politik dalaman Korea Selatan hanya mula berlaku pada tahun 1987. Diceritakan bagaimana Korea Selatan bangkit daripada kejatuhan ekonomi terutama selepas pelbagai krisis amat mengagumkan.

Korea Selatan memiliki banyak hutang pada ketika itu. Untuk menyelesaikan hutang itu maka rakyatnya berpakat untuk memberi emas yang mereka ada kepada kerajaan untuk melangsaikan hutang tersebut. 

Sejak itu ekonomi Korea Selatan terus naik ditambah pula dengan kesungguhan dan kekreatifan rakyatnya mencipta produk untuk dijual di peringkat antarabangsa.

Sebenarnya rakyat akan sanggup berkorban untuk negara apabila dilihat diri pemimpin itu yang berkorban dari sudut fizikal dan kebendaan. Mana mungkin disuruh rakyat berkorban sedangkan hidup pemimpinnya serba kemewahan dengan duit rakyat.
Baca lagi >>

Saturday, November 12, 2011

Beza semangat patriotik Libya dan Iran

Jika dilihat balik memang tidak patut rakyat Libya membiarkan kuasa asing NATO campur tangan dalam urusan politik negara Libya. Tetapi kita juga perlu tanya kenapa boleh jadi sampai macam ni? Kenapa rakyat Libya begitu terdesak sampai begitu?

Sekarang juga heboh dengan berita kemungkinan Iran akan diserang US dan Israel. Akan tetapi respon rakyatnya sangat berbeza dengan rakyat Libya. Kenapa?

Kunci utama kepada persoalan ini ialah 'pemimpin' dan 'pemerintah'. Cuba lihat dan bezakan antara 2 negara ini.

Macam mana seorang pemimpin dapat menyatukan majoriti rakyatnya dan disebelah pihak lain pula berlaku sebaliknya.

Cuba kita berada di dalam kasut rakyat Libya. Bayangkan kita berada di sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi tetapi tidak dibahagikan dengan sebaiknya. Tidak cukup dengan itu pemerintah pula sanggup menzalimi dan membunuh rakyat sendiri.

Jika kita berada di situ apa yang kita fikirkan? Mana satu kita sanggup korbankan? Nyawa atau harta kekayaan negara? Jika kita minta bantuan luar maka kekayaan negara mungkin akan dirompak beberapa ketika. Jika kita tidak minta bantuan mungkin nyawa kita, anak-anak dan generasi masa depan akan terkorban. Maka sudah tentu rakyat Libya memilih nyawa generasi masa depan.

Iran walaupun dikenali dengan majoriti penganut Syiah tetapi pemimpinnya dilihat begitu zuhud. Jangankan sanggup merompak harta negara malah diri sendiri pun tidak dimewahkan. Jadi tidak hairanlah kenapa rakyat sanggup berkorban demi negara.
Tidak kiralah betapa hebat gagasan pemikiran seorang pemimpin dengan Buku Hijau dan bermacam-macam teori ekonomi kebajikan untuk rakyat, tetapi jika hidupnya penuh kemewahan melebihi kemampuannya maka semua itu dilihat sebagai retorik.

Jangan lupa yang seorang manusia pernah memeluk Islam kerana mengagumi sang khalifah yang rumahnya seperti rumah orang miskin. Pada zaman itu pemimpin negara bukan Islam yang lain begitu tersergam indah mahligai raja dan pemimpin.

Jika inginkan rakyat berkorban maka pemimpin perlu berkorban terlebih dahulu. Jangan pula disaat kejatuhan baru ingin berkorban maka pada masa itu sudah terlambat kerana si pemimpin perlu dikorbankan untuk kebaikan generasi masa depan.
Baca lagi >>

Friday, November 4, 2011

Libya - Kenapa perlu dibela pengkhianat?

Jika diberi amanah untuk menjaga harta negara tetapi dia khianati dengan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Jika diberi kuasa untuk menjaga keselamatan rakyat awam tetapi dia menangkap malah sanggup membunuh rakyat yang menegurnya.

Apakah selayaknya digelar insan sebegini? Cukupkah dengan dia melaungankan untuk membela bangsa dan negara disaat gerombolan pemerintahannya mula jatuh maka kita terus ampunkan dosanya?
Inilah yang berlaku di Libya. Aku sebenarnya agak pelik juga apabila ada seorang rakan facebook berkongsi artikel memuji pemerintah Libya yang menjaga rakyatnya melebihi negara lain. Malah ada yang komen menuduh rakyat Libya melebih pula apabila dikatakan "orang bagi betis nak peha".

Ya betul! Secara teorinya memang betul itu yang dikatakan dan dijanjikan pemimpin Libya satu ketika dahulu dalam Buku Hijaunya. Memang dia menjanjikan seribu satu kemudahan untuk rakyat selepas dijatuhkan pemimpin Beraja Libya sebelumnya.

Tetapi lama kelamaan segala kemewahan hasil bumi Libya membuatkan dia hilang punca apabila agama tidak diletakkan sebagai matlamat tetapi melebihkan kebangsaan.

Jadi kenapa perlu dipuji orang yang mengkhianati rakyatnya sendiri? Secara bertulis semua orang boleh buat tetapi praktikalnya? Itu yang pemerintah Libya gagal menyebabkan rakyatnya bangkit menuntut supaya digantikan pemerintah yang lebih adil dan amanah dalam menguruskan khazanah negara dan hal ehwal kebajikan rakyat.
Baca lagi >>

Thursday, November 3, 2011

Dasar pecah dan perintah

Apa yang menjadi punca kejayaan Zionis dan Crusaders menfitnah Taliban ialah disebabkan sifat Taliban itu sendiri yang tidak menonjolkan diri dalam kerja mereka.

Maksudnya tiada siapa yang tahu secara sah siapa ahli Taliban di Afghanistan yang sebenar. Kalau penduduk itu tahu pun mereka akan mengaku tidak tahu. Jadi ini sebenarnya memudahkan kerja jahat pihak musuh.

Macam mana Taliban difitnah?

Beberapa laporan telah didedahkan yang beberapa kali agen british iaitu SIS telah ditangkap dalam keadaan menyamar berpakaian seperti Taliban. Mereka ini menembak sesuka hati ke arah orang ramai. Jadi kejadian pengebom berani mati dan kekacauan di Pakistan adalah tidak mustahil kerja pihak mereka.

Dasar pecah dan perintah masih digunakan hingga kini. Kenapa perlu korbankan askar Zionis dan Crusaders jika mereka boleh buat rakyat Pakistan dan Taliban berperang sesama sendiri. Mungkin dengan korban beberapa agen ini boleh menyelamatkan beberapa ribu nyawa askar mereka dan menjimatkan kos berperang.

Pernah warga Pakistan yang aku temui bagitau jika tidak kerana kekacauan di Pakistan ini sudah pasti Pakistan akan bergerak lebih maju dengan teknologi nuklearnya. Tidak mustahil perkara ini dirisaukan pihak musuh Islam.
Baca lagi >>

Thursday, October 20, 2011

Bagaimana Taliban difitnah

Dulu aku pernah tulis tentang Taliban dan Osama dalam blog ni. Aku mengatakan Taliban dulu iaitu semasa berperang dengan Rusia tidak seperti Taliban sekarang. Maklumat ini aku dapat daripada warga Pakistan sendiri.

Dia mengatakan Taliban sekarang suka melakukan huru hara di Pakistan dengan pengebom berani mati. Atas dasar apakah perjuangan jihad jika sanggup membunuh orang Islam sendiri di negara Islam Pakistan?

Pelik kan? Taliban yang mengaku berjihad melakukan serangan bom di negara Pakistan?Dengan kata lain melakukan pembunuhan terhadap saudara seIslam?

Maklumat terbaru yang aku dapat ialah rupanya semua ini adalah perancangan jahat pihak Zionis dan Crusaders yang memang berdendam dengan Islam sejak dari dulu.

Macam mana mereka buat dan kenapa Taliban yang menjadi mangsa? Aku akan sambung dalam tulisan akan datang.
Baca lagi >>

Tuesday, October 18, 2011

Tip menjadi pakar

Mengikut sebuah buku yang aku baca, untuk seorang menjadi pakar dalam sesuatu bidang mereka memerlukan masa selama 7 tahun ataupun 10,000 jam diluangkan untuk aktiviti menambah kemahiran dan ilmu dalam bidang yang kita ingin jadi pakar.


Antara tip menjadi pakar ialah:
  1. Luangkan masa sejam sehari untuk baca buku berkaitan bidang yang kita diceburi.
  2. Semasa dalam kereta, elok mendengar CD Audio berkaitan bidang yang diceburi daripada mendengar muzik.
  3. Hadiri kursus berkaitan daripada mereka yang pakar.
  4. Peruntukkan sekurang-kurangnya 3% daripada gaji bulanan untuk menambah kemahiran dan ilmu dalam bidang yang diceburi samada beli buku atau hadiri kursus.
Baca lagi >>

Friday, October 7, 2011

Seorang lagenda untuk beberapa dekad

Seorang yang digelar lagenda adalah mereka yang berbakat luar biasa dan genius dalam bidang yang diceburi. Banyak benda dan perkara yang hebat dan mengkagumkan dilakukan mereka ini dalam bidang masing-masing.

Dalam bidang sukan bola sepak Malaysia ini ada 2 individu yang aku gelarkan mereka ni lagenda iaitu Mokhtar Dahari dan Khairul Fahmi Che Mat.


Mokhtar Dahari memang diakui ramai seorang yang sangat gagah di padang. Kalau kita tengok video serangan beliau memang ala pemain Eropah bermain bola.

Khairul Fahmi pula memang banyak kali dia membuatkan aku terlopong dengan aksi genius menjaga gawang. Setelah banyak kali aku ulang tengok aksi beliau memang aku tabik dan kagum. 

Mana tidaknya, semasa lawan dengan Singapura baru ni ada cubaan satu lawan satu yang berjawa diselamatkan beliau dengan menguis bola dari kaki penyerang tanpa menjatuhkan penyerang itu dalam kotak penalti. Hebat!

Seorang lagenda bagi aku akan lahir seorang dalam beberapa dekad. Mereka ini tanpa diminta akan menjadi tumpuan ramai dan sebutan sepanjang zaman.
Baca lagi >>

Thursday, September 8, 2011

Kematian di Hari Raya

Di saat ramai orang sibuk bangun untuk mandi dan pakai baju baru di pagi raya, sekujur tubuh kaku di atas katil. Lansung tidak bergerak menandakan ruhnya sudah terpisah dari jasadnya.

Itulah yang terjadi ke atas seorang insan yang merupakan keluarga kawan aku. Mesti ramai yang rasa bertuahnya orang yang meninggal di bulan Ramadhan. Tetapi kata-kata seorang kawan betul-betul menginsafkan aku.

Beliau berkata alangkah bertuahnya orang yang meninggal di pagi Aidilfitri memandangkan sambutan Aidilfitri adalah sempena diri yang suci daripada dosa setelah bertungkus lumus beribadah dan meminta ampun di bulan Ramadhan. Apatah lagi jika si mati sempat melakukan ibadah di malam lailatul qadar.

Innalillah. Al-fatihah. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua!
Baca lagi >>

Monday, August 22, 2011

Kisah menginsafkan 1

Sebenarnya aku banyak kali terjumpa cerita pendek yang menyedarkan aku supaya jadi lebih baik. Terdetik jugak untuk aku kongsikan di blog ini. Aku akan tambah cerita dari semasa ke semasa sebaik sahaja aku jumpa cerita baru.

Tujuan aku yang sebenar adalah untuk memudahkan aku baca balik dikala alpa kelak.

Kisah 1

Seorang lelaki bukan islam bertanya kepada seorang muslim, "Kenapa wanita muslim menutup tubuh dan rambut mereka?"

Lelaki muslim itu tersenyum dan mengeluarkan 2 biji gula-gula. Dia membuka pembungkus sebiji gula-gula dan membiarkan gula-gula satu lagi berbungkus.

Lelaki muslim itu seterusnya membuang keduanya di atas lantai yang berdebu dan bertanya kepada lelaki bukan muslim tadi, "Jika saya meminta awak untuk mengambil salah satu gula-gula itu yang mana awak akan ambil?"

Lelaki bukan muslim menjawab, "Sudah tentu yang berbungkus."

Kemudian lelaki muslim menjawab, "Macam itulah kami melayan wanita kami.."
Baca lagi >>

Saturday, August 20, 2011

Duit bukan segalanya

Aku sangat terkesan dengan kata-kata ini yang telah aku terjemah daripada Bahasa Inggeris. Aku petik ini daripada seorang rakan dalam Facebook.

Dengan duit anda boleh beli sebuah rumah tapi bukan tempat berteduh/berlindung.
Dengan duit anda boleh beli sebuah jam tetapi bukan masa.
Dengan duit anda boleh beli katil yang selesa tetapi bukan tidur.
Dengan duit anda boleh membeli buku tetapi bukan ilmu.
Dengan duit anda boleh beli kedudukan tetapi bukan kehormatan.
Dengan duit anda boleh beli darah tetapi bukan nyawa.
Dengan duit anda boleh beli seks tetapi bukan cinta.

Jadi, aku mula percaya sekarang ini yang duit bukan segalanya..
Baca lagi >>

Sunday, August 14, 2011

Juara Kejohanan Badminton Dunia 2011

Lin Dan akhirnya menewaskan Dato' Lee Chong Wei di peringkat akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011.

Sedih jugak sebab Lee Chong Wei tidak pernah menjuarai kejohanan badminton dunia sebelum ini. Sedangkan Lin Dan dah kali keempat menjuarai kejohanan ini.

Tapi aku agak puas hati dengan corak permainan dan saingan yang diberikan Lee Chong Wei. Cuma masa set kedua je agak merugikan peluang yang ada.

Harapnya kejuaraan pada tahun 2013 nanti Lee Chong Wei dapat menjadi juara walaupun umurnya pada ketika itu mencecah 31 tahun.

Yang mengejutkan Peter Gade juga bermain dalam kejohanan ini walaupun seingat aku Peter Gade ni pemain badminton pada zaman Rashid Sidek lagi. Umur tak menjadi batu penghalang sebab Peter Gade berkongsi tempat ketiga dengan pemain daripada China.

Apa yang aku boleh cakap ialah perasaan aku sekarang ni sedih tetapi puas hati. Kalah bermaruah kata orang. 
Baca lagi >>

Saturday, August 13, 2011

Kita adalah golongan minoriti

Ramai dikalangan kita yang merasa gah apabila disebut tentang populasi umat Islam yang ramai di seluruh dunia. Mengikut statistik penganut agama Islam seramai 1.6 Billion berbanding 6.8 Billion orang populasi dunia. Berada ditepat kedua selepas agama Kristian.

Tetapi hakikatnya umat Islam adalah golongan minoriti jika diambil kira faktor ini:
  • 1.6 Billion daripada 6.8 Billion orang adalah dikira sikit.
  • Pecahan pula yang menganut Syiah daripada 1.6 Billion.
  • Pecahan pula yang menganut Tarikat yang sesat daripada 1.6 Billion.
  • Pecahan pula yang membuat dan menganut ajaran Islam sesat daripada 1.6 Billion.
  • Pecahan kepada golongan anti hadis daripada 1.6 Billion.
  • Pecahan pula kepada Islam Liberal daripada 1.6 Billion.
  • Pecahan pula kepada Islam pada nama dan IC tetapi dalam hati mereka tidak percayakan tuhan daripada 1.6 Billion.
Jika dikira dengan teliti panganut agama Islam yang betul-betul mengamalkan agama Islam sebenarnya adalah sikit dan minoriti. 

Maka betullah sabda Rasulullah Muhammad SAW.

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".
- H.R. Muslim

Malah Islam juga mungkin asing dikalangan penganutnya sendiri. Sebabnya ada setengah kita memandang serong malah ketinggalan zaman jika kita mengikut ajaran Islam sebenar contohnya dalam kes bertudung.

Itulah hakikat kita sekarang. Wallahua'lam.
Baca lagi >>

Friday, August 12, 2011

1 daripada 73 golongan

Aku pernah terdengar ustaz mengajar di masjid tentang sebuah hadis berkenaan umat Islam yang berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan yang masuk syurga.

Mula-mula aku dengar hadis ini aku rasa gerun jugak la kan sebab begitu banyak golongan umat Islam yang ada dan hanya 1 yang masuk syurga.

Tetapi apabila difikirkan balik memang umat Islam sekarang berpecah kepada banyak golongan dan kebanyakannya sesat. Antara yang aku sedia maklum ialah:
  • Syiah (ada banyak pula pecahannya)
  • Al-Arqam
  • Sesetengah Tarikat
  • Mu'tazilah
  • Fahaman Wahdatul Wujud
  • Golongan anti hadis.
  • Golongan Islam Liberal.
Dan mungkin ada banyak lagi fahaman sesat yang kita tidak tahu. Mereka ini mengaku Islam tetapi tidak berpegang sepenuhnya dengan Al-Quran dan Sunnah. Malah lebih teruk lagi mereka menokok tambah apa yang tiada di dalam Sunnah Rasul kita sehingga boleh membawa kepada syirik.
Baca lagi >>

Thursday, August 11, 2011

Masuk fasa kedua Ramadhan

Alhamdulillah hari ini hari ke-11 aku berpuasa. Sudah masuk ke fasa kedua. Prestasi setakat ni agak bagus berbanding tahun lepas walaupun ada target yang tidak dapat capai.

10 hari awal Ramadhan merupakan rahmat.
10 hari pertengahan Ramadhan merupakan keampunan.
10 hari akhir Ramadhan dijauhkan neraka.

Melawan nafsu sekali dua agak mudah. Tetapi untuk konsisten berjaya melawan nafsu itu yang susah. 

Membezakan makam (kedudukan) seorang itu dengan yang lain di dalam Islam ialah kehebatan dia melawan nafsu (jihad melawan nafsu). Sebab itu ada orang boleh berjaya dan ada orang selalu gagal dalam hidupnya.
Baca lagi >>

Friday, August 5, 2011

Tak perlu nak mengutuk Islam

Hari ni dah masuk hari kelima puasa. Sudah berapa banyak kita baca Al-Quran?

Sehari dua ni kepala dan otak dipenuhi dengan pendedahan golongan yang mengutuk Islam. Entah apa punca yang membuatkan mereka begitu membenci Islam.
Malah dalam facebook ada sebuah group yang aku jumpa mereka tanpa segan silu mengaku seorang Melayu yang dulunya Islam tetapi sekarang ni sudah jadi Atheist.

Mereka sudah tidak percayakan wujudnya Tuhan terutama selepas belajar sains dengan mendalam. Mereka juga tidak percayakan hidup selepas mati. 

Bagi aku apa guna aku hidup atas dunia ini jika tiada kehidupan selepas mati. Lebih baik aku buat jahanam dan segala kejahatan sebab bukannya dapat balasan apa pun selepas mati kelak.

Sebab itulah kalau kita tengok fahaman Atheist yang menyokong teori evolusi ini banyak membawa kerosakan kepada dunia. Siapa yang kuat dia yang dapat hidup, yang lemah diketepikan.

Jika manusia tidak percayakan Allah maka tidak sedikit pun merugikan dan melemahkan Allah malah manusia berada dalam kerugian.

Bagi aku cukuplah aku melihat tubuh badan dan jari jemariku dapat bergerak elok untuk aku yakini wujudnya tuhan. Penciptaan diri aku ini pun satu keajaiban bukti kewujudan tuhan.

Setakat mana hebatnya manusia kalau setakat tidak mampu buat walaupun satu sel?

Ya Allah, kekalkanlah aku dalam kepercayaan agamamu ini sampai mati dan biarlah aku mati dengan sebaik-baik pengakhiran. Ameen!
Baca lagi >>

Monday, August 1, 2011

Alamak terlupa niat

Semasa bersahur tadi ada berbincang sedikit tentang persoalan niat. Macam mana kalau kita terlupa niat sedangkan kita telah bersahur tadi?

Jadi aku teringat seorang uztaz yang pernah berceramah dalam TV tentang niat puasa ni. Dia kata jangan anggap niat ini susah. Sebenarnya apabila kita bangun bersahur itu sebenarnya dah dikira niat puasa. Sebabnya tujuan apa kita bangun sahur kalau tidak kerana hendak puasa esoknya kan?

Malah jika kita berbual-bual selepas solat terawih dengan keluarga kita tentang menu bersahur esok maka itu juga sebenarnya dah dikira niat. Sebabnya kalau tidak kerana hendak puasa esok maka tiada perbincangan tentang menu sahur kan?

Jadi, niat tu sebenarnya apa yang kita rancang hendak buat dalam hati. Tetapi jika mahu lebih kuat maka bolehlah untuk dilafazkan seperti ayat di atas sekali.

Oleh itu jika anda bangun sahur tetapi lupa untuk lafazkan ayat niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya dah dikira telah berniat untuk puasa.

Begitu juga jika anda telah rancang untuk bangun sahur tetapi terlepas dan tidak melafazkan niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya telah berniat ketika anda rancang untuk bangun bersahur lagi.

Lain pula ceritanya jika selepas berbuka puasa anda lansung tidak terlintas dalam fikiran dan hati tentang puasa esok malah tidak sentuh tentang bersahur pun dan tidak juga bangun sahur maka kemungkinan besar anda tidak berniat puasa. Wallahu'alam..
Baca lagi >>

Sunday, July 31, 2011

Apabila Jais memberi arahan

Alhamdulillah sekejap tadi aku baru sahaja selesai solat tarawih. Walaupun masjid yang aku pergi tu buat sampai 20 rakaat tetapi aku mampu buat sampai 8 rakaat jer malam ni. 

Seperti biasalah malam pertama ni memang sangat ramai orang dan kanak-kanak. Masjid yang aku pergi tadi rupanya bawah Jais sebab aku ingatkan bawah Jawi memandangkan kedudukannya dengan bandar KL agak dekat.

Jadi sebelum sembahyang tarawih pengerusi masjid ada memberi sedikit pengumuman dan tazkirah. Katanya tahun ini Jawi telah mengarahkan kepada setiap masjid di Selangor untuk memberi tazkirah sebelum solat terawih selama 10-15 minit.

Bagi aku bagus juga sebab boleh rehat sekejap sebelum sambung tarawih. Yelah sebab mesti masa berbuka nanti kita akan makan tak ingat banyaknya. Sampai nak terkeluar balik pun ada (macam pengalaman jer..hehe).

Jadi biarlah perut tu hadam sikit makanan berbuka tadi dan bagi peluang rohani pulak untuk makan melalui tazkirah bulan puasa ini.

Selamat beribadah dan bersahur pagi esok!
Baca lagi >>

Selamat datang Ramadhan Karim

Sekejap lagi akan masuk waktu maghrib dan bermulalah bulan baru dalam kalender Islam iaitu Ramadhan.

Salam banyak-banyak bulan masa aku kecik bulan puasa ni paling meriah. Kalau hari raya hanya 2-3 hari jer meriah lepas tu takde rasa apa-apa dah. Tapi bulan Ramadhan ni lain sikit, sebulan boleh jadi meriah.

Dengan malamnya ada solat terawih, waktu berbukanya, waktu beli juadah berbuka kat bazar ramadhan malah waktu bersahur pun boleh jadi meriah.

Kadang-kadang bulan ni jugak saudara-mara berkumpul. Bestnya bulan Ramadhan.

Kali ini aku berazam untuk mengandakan sikit amalan berbanding bulan lepas. Baca Al-Quran banyak sikit. Solat Terawih banyak sikit. Hehe..

Tetapi, sering kali juga aku mudah tertewas dengan nafsu sendiri.

Sebulan sebelum Ramadhan sangat kurang orang sebut tentang bulan mulia ini kecuali iklan penjual kurma kat TV Yusof Tayyub. Tetapi masuk jer bulan Ramadhan akan ada banyak iklan sambutan hari raya, lagu raya dan segala berkaitan hari raya. Padahal sebulan lagi nak raya.

Peliknya..Semoga aku termasuk dalam golongan gembira dengan kehadiran Ramadhan dan sedih dengan pemergian Ramadhan.
Baca lagi >>

Saturday, July 30, 2011

Kena pandai pilih affiliate

Bercakap tentang affiliate aku rasa dah ramai orang tahu dan mahir tentang ini. Kali ini aku nak kongsi perasaan tidak puas hati berkenaan sesetengah kaedah yang dibuat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu aku dan kalian dalam bisnes ini.
Apa yang aku perhatikan ada sesetengah laman produk affiliate meletakkan satu borang untuk masukkan emel bagi mendapatkan ebook percuma.

Selepas masukkan emel maka pemilik produk akan terus follow up pemilik emel itu untuk membeli produk itu daripada link yang diberikan pemilik itu.

Cuba bayangkan kalau kita memperomosikan laman affiliate itu melalui link affiliate kita? Selepas itu bakal pelanggan kita itu sudah semestinya akan mengisi emel itu untuk dapat produk percuma tersebut. Maka bakal pelanggan kita itu akan mendapat emel selanjutnya daripada pemilik produk dan seterusnya membeli daripada link pemilik produk itu.

Dengan kata lain secara sedar atau tidak, pemilik produk tadi akan memintas atau mencuri pelanggan daripada ejen affiliate mereka. Jika tidak mencuri pun maka pemilik produk akan bersaing pula dengan ejennya dalam emel follow up sedangkan emel itu sumbernya daripada ejen tadi.

Jika pelanggan tadi terus membeli produk selepas kita promosi takpe juga tetapi bagaimana kalau dia tunggu 2-3 hari untuk membeli produk itu dan seterusnya tertarik dengan emel yang dihantar pemilik produk?

Jadi, aku rasa tidak patut perkara ini terjadi.

Untuk itu, memang aku akan berhati-hati dalam memilih produk untuk dipromosikan. Antaranya:
  • Tiada meminta sebarang emel di laman utama produk supaya pelanggan kita tidak dicuri.
  • Kalau ada emel pun mesti ada jaminan pemilik produk yang sebarang emel yang didaftarkan melalui link kita maka kita akan terus mendapat komisyen jika pelanggan tadi membeli walaupun selepas 2-3 hari.
Sepatutnya pemilik produk memberi terus link download produk percuma tanpa meminta emelnya. Ataupun boleh meminta emel tetapi tidak menghantar sebarang emel follow up kecuali selepas seminggu atau emel itu dikumpulkan untuk tujuan promosi produk seterusnya.

Ini supaya ejen mereka sedikit terjamin untuk mendapat komisyen dan seterusnya bersemangat untuk mempromosikan produk mereka.
Baca lagi >>

Friday, July 29, 2011

Tewasnya sang Harimau Malaya

Ucapan tahniah aku ucapkan buat beberapa orang pemain Harimau Malaya yang bersungguh-sungguh seperti Apek dan Safee Sali. Apek memang 'World Class' semasa menjaga gol.

Yang paling aku geram ialah barisan pertahanan yang memang lemah tahap apa tak tahu nak cakap. Lepas tu pulak strategi pelik K Rajagopal tetap pertahankan barisan pertahanan yang sama.

Aku bukan nak kata dia tu tak bijak tapi sayang sebab Malaysia ada ramai lagi pemain yang berpotensi kenapa beberapa orang tu jugak yang dia nak bagi peluang?

Akhirnya Malaysia tewas jugak. Aku harap lepas ni boleh ganti dengan jurulatih lain sebab dia ni payah nak dengar nasihat orang. Aku bukan apa, sakit hati tengok barisan pertahanan bermain semalam. 

Jangan jadi buta sebab keegoanmu wahai K Rajagopal.
Baca lagi >>

Sunday, July 24, 2011

Ujian Hacker GaySec

Hari ini aku ada terbaca beberapa isu berkenaan Hacker yang digelar GaySec. Menariknya Hacker ini ada niat baik untuk menguji keselamatan laman web tersohor di Malaysia yang ada banyak pengkalan data pengguna seperti nuffnang, gengblogger dan advertlets.

Niatnya untuk memastikan pembangun laman web di Malaysia melangkah lebih kehadapan dalam membina laman web yang lebih selamat seperti negara maju lain.

GaySec ini tidak mengacau sistem laman web tersebut tetapi cuma mencuri data pengguna daripada laman web yang digodamnya.

Katanya maklumat seperti nama, alamat, no.telefon dan password dapat dicuri daripada laman web tersebut. 

Jika anda ada akaun di laman web tersebut maka lebih baik terus tukar password sebagai langkah berjaga-jaga. Macam laman web gengblogger aku hanya remove aplikasi daripada facebook aku.

Patut pun ada seorang pembaca mengadu beberapa hari lepas yang setiap kali masuk laman web ni terpaksa masukkan username dan password untuk gengblogger. Jadi aku terus buang widget gengblogger baru ok. Rupanya website tu dah kena godam.
Baca lagi >>